Utusan Borneo (Sarawak)

Jamit turun padang periksa projek di Rumah Agan Minggat

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, kerja-kerja menaik taraf empat lagi jalan di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2019 DUN Tamin akan bermula tidak lama lagi.

Gira berkata, tiga daripada projek berkenaan membabitka­n kerja-kerja menaik taraf bekas jalan balak iaitu dari Nanga Sekuau ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pakoh, Ulu Oya, dari SK Pakoh ke Rumah Undin, Rumah Anthony dan Rumah Johnny, Batang Oya serta dari Rumah Ganya ke Rumah Sumping, Ulu Oya.

Manakala satu lagi projek ialah menaik taraf Jalan Ulu Selangau (Rumah Lingkok ke Rumah Tegong, fasa kedua.

“Jalan balak tersebut tidak lagi digunakan oleh syarikat balak namun jalan tersebut telah dijadikan sebagai jalan utama oleh penduduk rumah panjang.

ADUN Tamin

“Skop kerja bagi projek berkenaan ialah dengan menjadikan jalan tanah tersebut kepada jalan berbatu, pemasangan pembetung dan membina jambatan.

“Projek ini dijangka siap dalam dalam masa enam bulan,” katanya semasa dihubungi semalam.

Menurut Gira, kesemua ketiga-tiga projek menaik taraf bekas jalan balak berkenaan menelan kos kira-kira RM860,000.

Bagi projek menaik taraf Jalan Rumah Lingkok ke Rum Tegong, Ulu Selangau fasa kedua ia menelan kos kira-kira RM200,000.

Sebelum ini katanya, sejumlah RM240,000 telah diperuntuk­kan bagi fasa pertama projek berkenaan.

Justeru Gira berharap projek tersebut apabila siap kelak akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung dan rumah panjang di kawasan berkenaan kelak.

Ini kerana penduduk luar bandar memang dahagakan pembanguna­n infrastruk­tur sama seperti di bandar.

Katanya, dengan adanya projek RTP seperti ini, jurang kemudahan bandar dan luar bandar secara tidak langsung dihapuskan.

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat turun padang melawat Rumah Agan Minggat di Datai Panglima, Jalan Bukit Goram untuk memeriksa projek pendawaian elektrik yang sedang dijalankan untuk rumah panjang baharu 24 pintu.

Projek dilaksanak­an dengan peruntukan RM24,000 atau RM1,000 kepada setiap pintu keluarga di rumah panjang untuk membantu mereka menjalanka­n kerjakerja pendawaian.

“Lawatan kerja hari ini ke Rumah Agan untuk melakukan pemeriksaa­n terhadap kerja-kerja pendawaian elektrik oleh kontraktor.

“Saya gembira Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang telah menggunaka­n khidmat kontraktor berlesen untuk melakukan projek ini,” katanya.

“Ini penting untuk memastikan pendawaian yang betul dilakukan demi keselamata­n penduduk dan rumah panjang.

“Saya sentiasa menasihati

Jalan balak tersebut tidak lagi digunakan oleh syarikat balak namun jalan tersebut telah dijadikan sebagai jalan utama oleh penduduk rumah panjang.

Christophe­r Gira Sambang

penduduk rumah panjang supaya sentiasa mengutamak­an keselamata­n.

“Rumah panjang baharu dibina dan perlu pastikan tiada sambungan haram elektrik dilakukan untuk mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” jelasnya kepada penduduk Rumah Agan di sini, kelmarin.

Sementara itu, Tuai Rumah Agan mengucapka­n terima kasih kepada Jamit atas peruntukan membiayai projek kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah panjang itu.

“Penduduk rumah panjang sangat gembira dan berterima kasih kepada wakil rakyat (Jamit) kerana memperuntu­kkan dana projek kecil luar bandar (MRP) bagi menjalanka­n kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah panjang ini,” ujarnya.

Turut hadis Kaunselor Liew Hui Hua, Penghulu Sia Shui Poh dan kakitangan Pusat Khidmat PBB Bukit Goram Edward Manggah, Ambrose Abong Bugek dan Cochran Alwi Amos.

 ??  ?? PASTIKAN SELAMAT: Jamit (lima kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke Rumah Agan Minggat untuk memeriksaa­n projek kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah panjang berkenaan.
PASTIKAN SELAMAT: Jamit (lima kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke Rumah Agan Minggat untuk memeriksaa­n projek kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah panjang berkenaan.
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Salah satu jalan balak yang akan dinaik taraf untuk kemudahan penduduk di kawasan DUN Tamin.
UNTUK RAKYAT: Salah satu jalan balak yang akan dinaik taraf untuk kemudahan penduduk di kawasan DUN Tamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia