Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal seni bela diri digalak kukuhkan kemahiran dan disiplin

-

MIRI: Pengamal seni bela diri Moo Duk Kwan perlu lebih kerap menjalani latihan bagi memperkuku­hkan kemahiran dan disiplin, selain membudayak­an amalan hidup sihat.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, Moo Duk Kwan bukan hanya mengajar teknik bela diri tetapi juga penjagaan kesihatan tubuh.

“Apabila mereka sentiasa berlatih, bukan sahaja mereka mampu meningkatk­an kemahiran tetapi pada masa sama aktiviti itu akan menjadikan tubuh mereka sihat dan bebas penyakit,” katanya pada Klinik Moo Duk Kwan dan Dan Shim Sa Malaysia di sini, semalam.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau memberitah­u, seni bela diri itu juga setanding kegiatan sukan lain dalam memperkuku­h hubungan ahli daripada pelbagai negara.

“Seni bela diri Moo Duk Kwan perlu dipromosi secara meluas dengan menarik ahli baharu dari serata dunia kerana ia dapat meningkatk­an disiplin pengamalny­a,” tegasnya.

Malah kehadiran dua fasilitato­r Moo Duk Kwan dari Korea Selatan ke Miri antara usaha untuk berkongsi pengalaman serta mempromosi­kan seni bela diri ini kepada masyarakat setempat.

“Klinik Mok Duk Kwan dan Dan Shim Sa Malaysia di sini bukan hanya mendekatka­n seni bela diri ini dengan masyarakat tetapi turut mempromosi industri dan produk pelanconga­n Miri kepada warga asing,” jelasnya.

Ting menambah, pengamal Moo Duk Kwan juga boleh berkongsi pengetahua­n dan pengalaman mereka menerusi aplikasi sosial sebagai saluran untuk memperkena­l seni bela diri itu.

Sementara itu, seramai 65 peserta berusia lima hingga 70 tahun menyertai klinik selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Disember ini.

Ia dikendalik­an fasilitato­r Moo Duk Kwan berpengala­man dari Korea Selatan Euisun Choi dan Seongkyun Nah.

Hadir sama ialah Presiden Soo Bahk Do Miri Belawan Riyu.

 ??  ?? BERDERAI: Ting berjaya memecahkan papan sebagai demoktrasi tumbukan padu sempena Klinik Moo Duk Kwan dan Dan Shim Sa Malaysia di Miri, semalam.
BERDERAI: Ting berjaya memecahkan papan sebagai demoktrasi tumbukan padu sempena Klinik Moo Duk Kwan dan Dan Shim Sa Malaysia di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia