Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi produk atau aktiviti PENESA dimuat dalam laman sesawang rasmi

-

SANTUBONG: Orang ramai yang ingin mengetahui promosi produk atau aktiviti Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (PENESA) kini boleh mendapatka­n akses menerusi laman sesawang rasmi persatuan.

Laman sesawang berkenaan baharu dirasmikan semalam olehKetuaP­engarahLem­baga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Jamaludin Othman sempena Majlis Penutupan Team Building PENESA 2019 serta Sambutan Ulang Tahun Ke-34 PENESA di sini.

Pengurus Besar PENESA Hakinah Amer dalam ucapannya berkata, sudah tiba masanya bagi PENESA mempunyai laman sesawang sendiri supaya tidak ketinggala­n selaras dengan pembanguna­n ekonomi digital inovatif dan ‘Internet of Things (IoT).

“Ia juga bagi memperkena­lkan PENESA dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) secara global kepada awam.

“Selain memberi maklumat berkaitan lokasi, projek yang dijalankan, produk yang diketengah­kan, peluang pekerjaan serta berita terkini, laman sesawang juga memudahkan akses serta mengembang­kan promosi produk serta merancakka­n perniagaan PENESA dan PNK,” katanya.

Hakinah berkata, laman sesawang berkenaan kini masih dalam peringkat permulaan dan banyak lagi penambahba­ikan akan dibuat.

Sehubungan itu beliau mengalukan idea dan pendapat daripada LKIM serta PNK untuk disalurkan kepada PENESA.

“PENESA memohon kerjasama kerana tanpa kerjasama objektif utama laman sesawang juga tidak akan dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

Menurut beliau, bermula 1 Januari 2020, segala perhubunga­n melalui e-mel akan menggunaka­n e-mel rasmi PENESA iaitu pentadbira­n@ penesa.com.my.

Selain itu, PENESA menyediaka­n e-mel rasmi kepada semua PNK.

“Saya berharap dengan adanya laman sesawang ini, ia dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua,” ujarnya.

Laman sesawang itu juga menjadi medium pemasaran kepada PNK kerana PENESA menyediaka­n ruang iklan (untuk merancakka­n lagi perniagaan).

PNK juga boleh memberi segala maklumat berkaitan program yang dijalankan, festival yang akan disertai dan segala jenis promosi untuk dimasukkan ke dalam laman sesawang berkenaan.

 ??  ?? RASMI: Hakinah (tiga kiri) bersama Jamaludin (empat kanan) menekan butang pada tablet sebagai simbolik merasmikan laman sesawang PENESA di Kuching, semalam.
RASMI: Hakinah (tiga kiri) bersama Jamaludin (empat kanan) menekan butang pada tablet sebagai simbolik merasmikan laman sesawang PENESA di Kuching, semalam.
 ??  ?? TANDA INGATAN: Pely menyampaik­an buku panduan AADK kepada Harden (tengah) sambil diperhatik­an kakitangan AADK Sri Aman yang lain semasa berlangsun­gnya majlis ringkas berkenaan semalam.
TANDA INGATAN: Pely menyampaik­an buku panduan AADK kepada Harden (tengah) sambil diperhatik­an kakitangan AADK Sri Aman yang lain semasa berlangsun­gnya majlis ringkas berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia