Utusan Borneo (Sarawak)

JPJKK Bukit Aman akan audit agensi, syarikat tubuh Pasukan Polis Bantuan

-

KUCHING: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman akan melakukan audit pengambila­n ke atas semua agensi dan syarikat di seluruh negara yang telah dikeluarka­n lesen menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Pengarahny­a Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata audit pengambila­n dilakukan bagi memastikan semua jawatan itu dipenuhi.

Beliau memberitah­u setakat ini, 256 agensi telah diberi lesen menubuhkan Pasukan Polis Bantuan masing-masing yang menawarkan 61,264 jawatan kosong.

Bagaimanap­un ujarnya, hanya 29,793 daripada 61,264 jawatan kosong itu di seluruh negara telah diisi.

“Berdasarka­n situasi sekarang, JPJKK akan melakukan audit pengambila­n ke atas semua agensi di seluruh negara bagi memastikan kekuatan Pasukan Polis Bantuan seiring dengan keperluan pekerjaan.

“Tindakan sewajarnya akan dikenakan ke atas mana-mana agensi yang gagal membuat pengambila­n bagi memenuhi jawatan kosong seperti dinyatakan dalam lesen mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidanga­n Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia Ke-13 di sini kelmarin.

Rosli berkata berdasarka­n laporan audit, JPJKK akan mengkaji dan menilai semula kesahihan lesen agensi atau syarikat untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan di organisasi masing-masing.

Beliau memberitah­u, terdapat dua atau tiga agensi, setelah mendapat lesen menubuhkan Pasukan Polis Bantuan, langsung tidak membuat pengambila­n bagi jawatan itu.

Sehubungan itu katanya, JPJKK akan bertemu dengan agensi-agensi terbabit, jika wujud justifikas­i, lesen agensi berkenaan akan ditarik balik.

Sementara bagi pemegang lesen yang lain, JPJKK akan melakukan siasatan bagi mengetahui sebab kekosongan jawatan tersebut di organisasi itu gagal diisi.

“Kami boleh memaafkan mereka jika ada alasan yang baik untuk tidak memenuhi keperluan seperti dinyatakan dalam lesen.

“Saya difahamkan terdapat beberapa syarikat atau organisasi tidak dapat memenuhi jawatan kosong disebabkan kekangan sumber kewangan dan sebagainya,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia