Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera PBB harus terus berada di lapangan bersama ketua masyarakat dan ketua kaum

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari Lawas diarah segera turun ke lapangan, sekali gus mengikis budaya hanya menunggu di pejabat untuk memastikan segala projek rakyat segera dilaksanak­an.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemantau Projek DUN Bukit Sari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB Sarawak Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa berkata, pelaksanaa­n projek berpaksika­n rakyat ini termasuk projek pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan sosial dan penyediaan bekalan air terawat dan elektrik penting dan memberi manfaat kepada rakyat dalam usaha meningkatk­an taraf hidup penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Kata beliau, budaya menunggu ketua masyarakat dan ketua kaum datang ke pejabat memberitah­u keperluan perlu diubah dengan jentera parti terus berada di lapangan untuk bersama pemimpin akar umbi.

“Pendekatan ini penting agar setiap kali ada peruntukan daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerajaan pusat mahupun kerajaan tempatan, ia akan dapat disalurkan dengan cepat.

“Ini kerana semua senarai projek di akar umbi telah disimpan dalam data untuk dilaksana mengikut peruntukan yang disalurkan kelak secara pantas dan mudah,” katanya pada lawatan ke beberapa projek di daerah ini kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemantau Projek DUN Bukit Sari

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Setiausaha PBB Cawangan Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmat dan Bendahari PBB Cawangan Bukit Sari Awang Karim Awang Seman.

Kata beliau, perkhidmat­an efisien perlu diadaptasi dalam jentera PBB dalam usaha membantu Ketua Menteri

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kabinet beliau merealisas­ikan wawasan Sarawak Maju 2030.

Menurut beliau, projek berorienta­sikan rakyat yang dilaksanak­an kerajaan negeri di daerah berkenaan perlu terus dipantau bagi memastikan keperluan dan kebajikan rakyat dibela.

“Oleh itu, pasukan pemantau pelaksanaa­n projek rakyat DUN Bukit Sari harus terus turun padang melihat keperluan dan perkembang­an projek demi keperluan rakyat,” katanya.

Awangku Jinal yang juga timbalan pengerusi PBB Cawangan Bukit Sari Lawas berkata lagi, adalah sangat penting projek dilaksana dan disiapkan mengikut jadual.

Beliau turut melawat keperluan di pusat penyembeli­han Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas yang memerlukan sambungan bekalan elektrik.

Selain itu, Awangku Jinal Abidin juga melihat sendiri keperluan rumah wakaf dan kemudahan lain di Tanah Perkuburan Islam Pulau Salam.

Pendekatan ini penting agar setiap kali ada peruntukan daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerajaan pusat mahupun kerajaan tempatan, ia akan dapat disalurkan dengan cepat.

Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa

 ??  ?? AWANGKU JINAL ABIDIN
AWANGKU JINAL ABIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia