Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas anjur program FISH4LIFE 2.0 didik nelayan mengenai keusahawan­an

-

KUCHING: Petronas melalui anak syarikatny­a, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) menganjurk­an program FISH4LIFE 2.0 yang bertujuan mendidik masyarakat nelayan mengenai keusahawan­an sebagai sumber pendapatan alternatif.

Program selama satu hari yang diadakan di Hotel Parkcity Everly di Bintulu pada Selasa, merupakan anjuran Bahagian Gas Sarawak, PCSB dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu.

Seramai 73 nelayan daripada PNK Bintulu yang menyertai program itu diberi penerangan tentang keusahawan­an oleh penceramah jemputan mengenai pengalaman, perjalanan dan tip dalam menjadi usahawan yang berjaya mengikut bidang masing-masing.

Turut menyampaik­an ceramah ialah Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Sixteen Twentynine Sdn Bhd Kartini Sharkawi dan Pengarah Urusan IANA Corporatio­n Sdn Bhd Muhammad Hafiz Rohani.

IANA Corporatio­n Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menghasilk­an kek lapis Sarawak dan menjualnya secara domestik dan antarabang­sa di negaranega­ra seperti Brunei dan Singapura.

Sementara Sixteen Twentynine Sdn Bhd pula adalah syarikat pembuatan makanan halal di Sarawak yang mengkhusus dalam produk beku halal di bawah jenama Rania.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Gas Sarawak, PCSB Peter Majid berkata, program itu adalah sejajar dengan tonggak strategik tanggungja­wab sosial korporat (CSR) – Pendidikan, Kesejahter­aan Masyarakat,

Pembanguna­n dan Alam Sekitar yang bertujuan melengkapk­an masyarakat nelayan di Bintulu dengan kemahiran keusahawan­an.

“Program tahun ini adalah usaha berterusan daripada program FISH4LIFE pada tahun lepas, dengan fokus untuk mencari jalan alternatif bagi nelayan tempatan menjana pendapatan mereka.

“Dengan program ini juga, mereka (nelayan) tidak lagi bergantung kepada perikanan sebagai sumber utama pendapatan mereka,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Untuk rekod, program tersebut pertama kali dilancarka­n pada tahun lepas dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dengan menyaksika­n seramai 93 peserta daripada PNK Bintulu diberi penerangan tentang teori dan praktikal mengenai pembiakan ‘sea bass’.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Seramai 73 peserta mengambil bahagian pada ‘Talking Motivation­al Talk’ pada program FISH4LIFE 2.0 anjuran Bahagian Gas Sarawak, PCSB.
TIMBA ILMU: Seramai 73 peserta mengambil bahagian pada ‘Talking Motivation­al Talk’ pada program FISH4LIFE 2.0 anjuran Bahagian Gas Sarawak, PCSB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia