Utusan Borneo (Sarawak)

16 guru sertai bengkel pensijilan GCE Level 1

-

MIRI: Seramai 16 guru dari seluruh Sarawak telah menyertai bengkel pensijilan ‘Google Certified Educator (GCE) Level 1’ yang berlangsun­g pada 22 hingga 24 November lalu.

Bengkel tiga hari anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri dengan kerjasama SK Lutong dan SMK Chung Hua Miri itu diadakan di Makmal STEM SMK Chung Hua Miri.

Menurut wakil urus setia bengkel terbabit Hirawati Abdul Rahman dari SK Lutong, bengkel berkenaan dikendalik­an Tammy Teo Ching Sin dari Bahagian Teknologi Negeri Sarawak.

Tammy yang juga telah mendapat pensijilan bertaraf antarabang­sa ‘Google Certified Trainer’ turut dibantu dua fasilitato­r iaitu Kho Ling Hong daripada PPD Subis dan Jong Oi Sen daripada PPD Bau.

Jelas Hirawati, antara objektif bengkel berkenaan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai produk Google yang boleh diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajar­an.

“Malah, bengkel ini juga memberi peluang kepada para pendidik khususnya dari Zon Sarawak bagi memperoleh pensijilan bertauliah peringkat antarabang­sa iaitu GCE Level 1,” ujarnya.

Katanya, pada hari pertama dan kedua para peserta diberi pendedahan dan bimbingan berkaitan Google Apps yang terdapat secara dalam talian iaitu Google Classroom, Google Forms, Google Sheets, Google Sites serta produk Google lain yang boleh diguna pakai dalam pendidikan.

“Manakala pada hari terakhir, kesemua peserta dikehendak­i menduduki ujian pensijilia­n GCE Level 1 secara dalam talian dan kesemua peserta juga telah berjaya mendapat sijil terbabit,” tambahnya.

Kesemua yang terlibat pada program berkenaan turut menerima sijil penyertaan dan penghargaa­n yang telah ditandatan­gani Pengarah Pejabat Pendidikan Miri Shirini Mastura Mohamed Zulkifli.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta dan penceramah yang terlibat pada bengkel pensijilan ‘Google Certified Educator Level 1’ bergambar kenangan.
UNTUK ALBUM: Para peserta dan penceramah yang terlibat pada bengkel pensijilan ‘Google Certified Educator Level 1’ bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia