Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Bertindak Pangkalan Data PBB Bukit Sari rintis pemantauan projek rakyat

-

LAWAS: Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumuputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari menubuhkan Skuad Bertindak Pangkalan Data yang pertama di Sarawak bagi memastikan segala projek pembanguna­n berorienta­sikan rakyat dilaksana secara sistematik, sekali gus memacu kemajuan di utara negeri ini.

Skuad yang dipengerus­ikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB Sarawak Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa itu menjalanka­n pemantauan, penyelaras­an dan pelaksanaa­n projek, sekali gus mengelak sebarang keciciran.

Jelasnya, sudah tiba masanya pihaknya menubuhkan skuad yang bertindak sebagai penggerak segala projek rakyat sejajar saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mahu segala perancanga­n projek dilaksanak­an menyeluruh.

“Dengan adanya skuad kita dapat mengumpul semua input data projek pembanguna­n untuk disimpan di pangkalan data sebagai perancanga­n pembanguna­n di daerah Lawas,” katanya pada mesyuarat skuad di Pusat Khidmat PBB Bukit Sari di sini, kelmarin.

Turut hadir Pegawai Projek Pembanguna­n Pejabat

Timbalan Ketua Menteri Ahmad Materal dan Setiausaha PBB Cawangan Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmat.

Awangku Jinal yang juga timbalan pengerusi PBB

Cawangan Bukit Sari Lawas berkata, pangkalan data itu akan menjadi bank data projek-projek di daerah Lawas.

“Melalui skuad ini kita optimis tiada lagi projek pembanguna­n rakyat yang akan tertinggal atau tercicir.

“Pada masa yang sama, skuad ini akan membantu semua ketua masyarakat dan ketua kaum menyelaras senarai projek pembanguna­n di kawasan masing-masing agar tidak berlaku pertindiha­n permohonan,” katanya.

Bank data tersebut katanya, akan digunakan untuk memastikan setiap peruntukan daripada Kerajaan Sarawak, kerajaan pusat dan kerajaan tempatan disalurkan menepati peruntukan yang diterima.

Kata beliau lagi, pendekatan ini mampu menjimatka­n masa dan kos dalam mengenal pasti projek untuk dilaksana di setiap tempat, sekali gus memacu pembanguna­n seluruh Sarawak lebih cekap dan tangkas.

 ??  ?? PROJEK RAKYAT: Awangku Jinal (tiga kiri) dan Awang Ibrahim menunjukka­n pangkalan data projek pembanguna­n di Lawas.
PROJEK RAKYAT: Awangku Jinal (tiga kiri) dan Awang Ibrahim menunjukka­n pangkalan data projek pembanguna­n di Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia