Utusan Borneo (Sarawak)

Kongres Nasional PKR menjadi tumpuan umum

Pemerhati politik ingin melihat parti berbilang kaum terbesar negara selesaikan kemelut yang melanda

-

KUALA LUMPUR: Kongres Nasional PKR 2019, bermula hari ini di Melaka bakal menjadi tumpuan umum khususnya pemerhati politik, yang ingin melihat parti berbilang kaum terbesar negara ini menyelesai­kan ‘kemelut’, lantas bergerak ke hadapan menjayakan agenda reformasi dalam Malaysia Baharu.

PKR, sejak akhir-akhir ini seolah-olah berhadapan isu kepimpinan, kali ini akan mendengar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaik­an ucapan dasar, pertama kali sebagai Presiden setelah dipilih tanpa bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan tahun lepas.

Beliau dijadual menyampaik­an ucapan dasar pada Sabtu, sekali gus merasmikan kongres tahunan parti dominan kerajaan Pakatan Harapan, yang akan dihadiri hampir 3,000 perwakilan di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC).

Anwar, seorang pejuang gerakan reformasi negara, ‘pulang’ ke pangkuan parti yang diasaskann­ya sejak 1999 di Shah Alam apabila menyampaik­an ucapan penangguha­n sebagai presiden baharu PKR tahun lepas.

Kongres di MITC ini akan menyaksika­n perasmian sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) buat julung kali dilangsung­kan pada tarikh berasingan dan memecah tradisi parti apabila dirasmikan oleh pemimpin berbeza.

Tidak seperti kelaziman sebelum ini, perasmian dua sayap dirasmikan serentak oleh Timbalan Presiden parti.

Kali ini, perasmian sayap Wanita akan dirasmikan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam

ini di Dewan A, MITC manakala AMK oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat parti petang Jumaat di Dewan Klasik, MITC.

Ketua Penerangan Wanita Pusat, Syarul Ema Rena Abu Samah ketika dihubungi Bernama semalam mengesahka­n kehadiran Mohamed Azmin untuk merasmikan kongres sayap itu, yang antara lain memberi tumpuan lebih holistik terhadap kepimpinan wanita serta wanita sebagai pemacu dalam ekonomi negara.

Melihat pekembanga­n mutakhir PKR, kongres nasional ke-14 itu diharap menjadi noktah kepada segala ‘pergeseran’ yang dikatakan melanda pemimpin utama parti iaitu Anwar dan Mohamed Azmin sehingga mencetuska­n ketegangan dalam kalangan penyokong dua pemimpin itu.

Rentetan pergeseran itu turut didakwa mencetuska­n tindakan penyokong, yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin, merancang untuk mengadakan satu himpunan ala-kongres di ibu negara pada masa yang sama.

Usaha itu bagaimanap­un tidak diiktiraf parti dan ditegaskan sendiri oleh Anwar dan Dr Wan Azizah yang menyatakan bahawa hanya ada satu kongres rasmi, iaitu yang diadakan di Melaka seperti diputuskan Majlis Pimpinan Pusat parti.

“Dengar desas-desus tapi saya tak layan. Yang penting, siapa pun boleh buat pertemuan, program kongres parti itu satu diputuskan oleh pimpinan (dibuat) di Melaka, yang lain itu tidak mewakili parti,” kata Anwar, sambil menegaskan sebarang pertemuan selain kongres itu tidak mewakili parti.

Sebelum ini, turut dilaporkan ada dakwaan sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden dilakukan pada kongres di Melaka, susulan keputusan parti memecat beberapa ahli baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menegaskan tiada sebarang permintaan usul undi tidak percaya terhadap presiden dikemukaka­n kepada peringkat jawatankua­sa kongres.

Anggota parti khususnya peringkat akar umbi pastinya mengharapk­an pentas Kongres Nasional PKR 2019 menjadi medan penyelesai­an permasalah­an yang timbul, lantas mencapai resolusi yang mengukuhka­n parti sebagai tunjang kerajaan PH dan memantapka­n pentadbira­n negara.

“Dengar desas-desus tapi saya tak layan. Yang penting, siapa pun boleh buat pertemuan, program kongres parti itu satu diputuskan oleh pimpinan (dibuat) di Melaka, yang lain itu tidak mewakili parti.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden PKR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia