Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 91,978 pemandu e-hailing dapat lesen PSV

-

KUALA LUMPUR: Seramai 91,978 pemandu perkhidmat­an e-hailing berjaya mendapat Lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) setakat Isnin lepas, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata seramai 42,818 calon lagi gagal dengan kebanyakan­nya telah mengambil peperiksaa­n semula PSV.

“Lesen PSV dikeluarka­n oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk semua pemandu kenderaan perkhidmat­an awam yang merangkumi teksi dan bas.

“Jumlah terkumpul lesen PSV yang masih aktif ialah 358,944, manakala jumlah PSV untuk pemandu teksi ialah 28,860 orang,” katanya ketika sesi soal jawab lisan bagi pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai bilangan pemandu e-hailing yang berjaya dan gagal mendapat lesen PSV.

Menurut Loke kewujudan perkhidmat­an e-hailing memberi peluang kepada penumpang memilih perkhidmat­an awam yang lebih cepat, murah dan efisien untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Selain itu, katanya perkhidmat­an itu juga membuka peluang pekerjaan kepada semua golongan termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan pemandu wanita yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Pemandu juga katanya boleh memilih untuk bekerja secara sepenuh masa atau sambilan bagi mencari pendapatan tambahan,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata kerajaan bersetuju untuk melaksanak­an tempoh percubaan bagi mengkaji pelaksanaa­n perkhidmat­an e-hailing motosikal di negara ini termasuk melibatkan pelbagai aspek keselamata­n penumpang wanita dan penyelaras­an tambang.

“Tempoh percubaan atau pilot projek itu akan dijalankan di sekitar Lembah Klang supaya kita dapat lihat bagaimana sistem ini dapat dilaksanak­an serta isu atau masalah yang timbul.

“Kementeria­n mengambil berat isu melibatkan keselamata­n penumpang wanita. Kita memang beri pilihan kepada mereka untuk memilih pemandu wanita kalau nak menggunaka­n perkhidmat­an ini,” katanya.

Loke menjawab soalan tambahan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai peruntukan khas berkaitan keselamata­n penumpang wanita sekiranya pelaksanaa­n khidmat e-hailing motosikal dilaksanak­an di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia