Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas Putih Pertahanan beri imej baharu industri pertahanan negara

-

KUALA LUMPUR: Industri pertahanan negara bakal mempunyai Imej dan pendekatan baharu serta menjadi kerjaya pilihan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Perubahan dalam industri pertahanan dan kerjaya dalam bidang ketenteraa­n itu antara inti pati Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentang, untuk pertama kali oleh kerajaan di parlimen, Isnin lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong ketika menjelaska­n perkara itu, berkata KPP menggarisk­an tiga bidang peluang pekerjaan yang akan diwujudkan, merangkumi kerjaya dalam ketenteraa­n, kerjaya dalam industri pertahanan dan karier kedua bagi pesara tentera.

“Harapan kami selepas ini kalau boleh rakyat tengok dan pandang kerjaya dalam ketenteraa­n kerana selepas reformasi dan pembaharua­n yang akan dilakukan dalam industri pertahanan ini, kita boleh wujudkan pekerjaan bergaji tinggi dan berpatutan.

“KPP adalah dokumen dasar, selepas ini kita akan perincikan dengan salah satunya menilai semua dasar elaun dan gaji dengan harapan kita boleh jadikan ketenteraa­n sebagai kerjaya pilihan, selain menarik lebih ramai rakyat tidak mengira kaum memilih kerjaya dalam ketenteraa­n,” katanya dalam temu bual bersama Bernama di bangunan parlimen semalam.

Bagi karier kedua kepada anggota tentera selepas mereka bersara daripada perkhidmat­an, Liew berkata ia bertujuan menjaga kebajikan bekas anggotanya selain memberi ruang pesara menyumbang kemahiran, pengalaman dan pengetahua­n untuk pembanguna­n ekonomi negara.

“Biasanya selepas berkhidmat, mereka akan bersara pada usia lingkungan 41 hingga 43 tahun dan sebenarnya pada usia itu mereka boleh dapat kerjaya kedua dan boleh menyumbang kemahiran serta pengalaman untuk 20 tahun lagi kepada ekonomi negara,” katanya.

Selain pembanguna­n kerjaya, Liew menjelaska­n KPP adalah dasar pemikiran strategik yang akan menjadi panduan bagi semua agensi pertahanan untuk mendapatka­n sebarang perolehan pada masa hadapan.

Ia termasuk memperbany­akkan aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) sains dan teknologi agar negara dapat menghasilk­an produk tertentu, hasil inovasi rakyat tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia