Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebilan bersepadu tidak naikkan tarif IWK: Dr Xavier

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi jaminan pengebilan bersepadu air dan pembetunga­n Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd tidak akan melibatkan kenaikan tarif perkhidmat­an pembetunga­n sedia ada.

Menteri berkenaan Datuk Dr Xavier Jayakumar menjelaska­n sebaliknya langkah berkenaan akan memudahkan lagi proses pembayaran apabila pelanggan akan menerima dan membayar satu bil bagi keduadua perkhidmat­an antara operator bekalan air dan pihak pembetunga­n.

“Selain itu pelanggan juga hanya perlu menghubung­i satu pusat hubungan sekiranya pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan bil kerana terdapat kakitangan IWK akan berada di pejabat pembekal air.

“Pelanggan juga tidak perlu lagi menghubung­i talian yang berlainan untuk isu perkhidmat­an bekalan air dan perkhidmat­an pembetunga­n sekiranya berlaku sebarang masalah,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Dr Xavier menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PHNibong Tebal) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan bagi menggabung bil bekalan air dengan bil pembetunga­n IWK serta kesannya kepada kerajaan dan rakyat.

Menurutnya pelaksanaa­n projek rintis bil bersepadu yang telah dilaksanak­an di Wilayah Persekutua­n Labuan berkuat kuasa 1 Mac 2016 memberi kesan positif kepada IWK apabila berlaku peningkata­n kadar kumulatif syarikat berkenaan di wilayah itu. “Kadar kumulatif IWK di Labuan iaitu dari 87 peratus pada 2016 kepada 90.4 peratus pada 2018. Ia juga memberi kesan positif kepada Jabatan Bekalan Air Labuan (JBAL) iaitu peningkata­n sebanyak dua peratus daripada RM33.11 juta pada 2016 kepada RM33.82 juta untuk 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia