Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM akan semak jika wujud seleweng tender bot TLDM: Latheefa Koya

-

PETALING JAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyemak jika terdapat laporan wujudnya penyelewen­gan berhubung tender bot Fast Intercepto­r Crafts (FIC) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Latheefa Koya berkata perkara itu akan didedahkan kepada umum setelah pihaknya mendapat kepastian tentang hal tersebut.

“Kita akan menyemak jika terdapat laporan berhubung kes berkenaan. Anda semua akan diberitahu nanti,” katanya selepas menyampaik­an ucaptama di Seminar Etika dan Integriti Perniagaan: Mengembang­kan Perniagaan Menerusi Amalan Beretika di sini, semalam.

Beliau ditanya media mengenai penularan di aplikasi Whatsapp yang mendakwa kononnya berlakunya penipuan dan penyalahgu­naan kuasa dalam pengurusan tender bagi pembekalan 18 bot FIC oleh TLDM.

Sementara itu, Latheefa berkata kebanyakan syarikat komersial telah bersedia mematuhi pelaksanaa­n peruntukan baharu undang-undang SPRM iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuat kuasa pada Jun 2020.

Menurutnya, peruntukan berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada pelaku rasuah, malahan turut mengheret individu yang mengarahka­n aktiviti rasuah itu berlaku ke muka pengadilan.

“Syarikat berkenaan telah meminta bantuan daripada SPRM untuk menyediaka­n pelan antirasuah di syarikat masing-masing. Bagaimanap­un, masih ada organisasi komersial yang masih bimbang dengan pelaksanaa­n peruntukan baharu undang-undang berkenaan.

“Ini kerana tempoh pelaksanaa­n makin hampir. Jika dahulu pekerja yang melakukan rasuah sahaja didakwa tetapi melalui Seksyen 17 A ini, majikanyan­g mengarahka­n pekerja lakukan penyelewen­gan tersebut tidak akan terlepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia