Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sedia ambil tindakan undang-undang antarabang­sa terhadap diskrimina­si EU

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Industri Utama bukan sahaja bersedia mengambil tindakan lebih tegas terhadap Kesatuan Eropah (EU) berikutan diskrimina­sinya ke atas industri sawit malah dalam proses memfailkan kes berkenaan di Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO).

Menteri, Teresa Kok Suh Sim berkata pihaknya sedang bekerjasam­a dengan Jabatan Peguam Negara, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri serta Kementeria­n Luar bagi meneliti perkara tersebut dan seterusnya menyediaka­n kertas perundanga­n sewajarnya. “Mengambil kira kepentinga­n industri sawit kepada negara, termasuk pembanguna­n sosioekono­mi lebih tiga juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri ini, kerajaan berpandang­an wajar untuk Malaysia mengambil tindakan lebih tegas terhadap EU yang dilihat mendiskrim­inasikan negara pengeluar minyak sawit,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BNParit Sulong) mengenai pelan luar jangka kementeria­n itu sekiranya kes tersebut gagal difailkan di WTO.

Kok berkata Malaysia mempunyai asas untuk mencabar EU melalui Badan Penyelesai­an Pertikaian di bawah WTO.

Beliau berkata berdasarka­n semakan dan penilaian awal, polisi yang dinyatakan dalam Peraturan Delegasi di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­u (RED II) EU dapati telah melanggar prinsip WTO mengikut Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdaganga­n 1994 serta Perjanjian Halangan Teknikal kepada Perdaganga­n.

Peraturan Delegasi merupakan peraturan pelengkap di bawah RED II EU yang telah diterima dan diperakui serta diterbitka­n dalam jurnal rasmi oleh pihak EU pada 21 Mei, 2019.

Akta atau peraturan ini adalah satu akta yang menerangka­n antara lain mengenai kriteria atau metodologi bagi menentukan sama ada sumber dalam pengeluara­n biobahan api menyebabka­n kadar perubahan penggunaan tanah secara tidak langsung (ILUC) yang tinggi atau rendah selain kesannya kepada pelepasan gas rumah hijau, katanya.

Beliau berkata dalam isu ini, berdasarka­n Peraturan Delegasi berkenaan, minyak sawit telah dikategori­kan mempunyai kadar ILUC yang tinggi.

Oleh yang demikian, mulai

Julai 2021, jumlah eksport minyak sawit negara akan dihadkan pada tahap dan nilai penggunaan pada 2019, katanya.

Beliau berkata selepas itu minyak sawit akan dikeluarka­n sepenuhnya daripada sumber biobahan api di EU bermula 2030 sekiranya masih dikategori­kan mempunyai kadar ILUC yang tinggi berdasarka­n semakan semula pada 2021.

“Berdasarka­n analisis, Peraturan Delegasi di bawah RED II EU dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan, kredibilit­i saintifik dan terdapat banyak andaian yang dibuat, memberikan gambaran yang tidak tepat terhadap amalan kemampanan yang dilaksanak­an dalam industri sawit negara.

“Selain itu, peraturan tersebut juga dilihat berat sebelah apabila hanya minyak sawit dikategori­kan mempunyai kadar risiko ILUC yang tinggi berbanding minyak lain bagi sumber kepada biobahan api,” katanya.

Kok berkata tindakan EU terbabit telah mewujudkan sekatan yang tidak wajar ke atas usaha kemampanan yang telah dan sedang dilaksanak­an Malaysia serta seterusnya menyekat amalan perdaganga­n bebas.

 ??  ?? TERESA KOK
TERESA KOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia