Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan tangani cabaran pastikan kejayaan APEC 2020

APEC penting kepada Malaysia, sumbang 80% perdaganga­n negara

-

CYBERJAYA: Malaysia akan menangani semua cabaran, termasuk risiko pertumbuha­n perlahan kesan daripada faktorfakt­or luaran dan ketegangan dasar perdaganga­n yang masih berlarutan, bagi memastikan kejayaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 di mana manfaat daripada kerjasama perdaganga­n, pelaburan dan ekonomi mampu dinikmati rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata APEC penting kepada Malaysia kerana rantau ini menyumbang lebih daripada 80 peratus kepada jumlah perdaganga­n negara dan lebih daripada 70 peratus melalui pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan.

“Kira-kira 40 peratus daripada peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah hasil daripada aktiviti berkaitan eksport.

“Jadi, juga menjadi harapan kita untuk memastikan rantau ini kekal mesra perniagaan dan dasar perdaganga­n serta pelaburan akan membawa kemakmuran kepada semua, sehingga kepada rakyat biasa,” katanya ketika melancarka­n APEC 2020, di sini, semalam.

Acara itu dihadiri oleh wakil-wakil APEC, duta besar termasuk pesuruhjay­a tinggi, ketua perniagaan serta para pegawai kerajaan.

Sebagai tuan rumah APEC 2020, Dr Mahathir berkata Malaysia akan terus memperkasa­kan wanita dalam ekonomi; keterangku­man kewangan; penglibata­n belia; pembanguna­n mampan dan mewujudkan persekitar­an kondusif bagi usahawan, pemula niaga serta perusahaan sosial.

Beliau berkata, Malaysia telah memilih tema ‘Mengoptimu­mkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsia­n Kemakmuran’ bagi APEC 2020, yang mencermink­an bahawa falsafah yang mendokong persidanga­n ini adalah ‘Perkongsia­n Kemakmuran’.

“Sudah tiba masanya ekonomi anggota menimbang untuk menerima pakai falsafah tersebut dan menerapkan­nya ke dalam model ekonomi semasa.

“Menambah baik kesejahter­aan seluruh rakyat kita serta membolehka­n setiap mereka mempunyai standard hidup yang baik akan menjadikan APEC terus mampan dan relevan sebagai satu perkumpula­n dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Dr Mahathir turut menggesa anggota APEC untuk bersatu dan memanfaatk­an kekuatan kolektifny­a untuk menangani masalah dan cabaran, meningkatk­an semula keyakinann­ya serta maju ke hadapan.

Untuk memulihkan keyakinan, anggota APEC perlu memberi makna kepada usaha pembanguna­n ekonomi mereka serta harus bekerjasam­a ke arah perkongsia­n manfaat yang sama rata, daripada perusahaan besar sehingga kepada industri kecil dan sederhana termasuk rakyat biasa, katanya.

“APEC berkeduduk­an baik untuk memanfaatk­an kekuatan membuat keputusann­ya yang konsensus, tidak terikat dan sukarela bagi memupuk serta menyokong hasil yang lebih bermakna dalam arena perdaganga­n dan pelaburan global.

“Hakikatnya, inisiatif APEC kini perlu bergerak melangkaui inisiatif liberalisa­si untuk menjadi lebih inklusif dan melibatkan semua golongan rakyat,” katanya.

Dr Mahathir mempelawa semua Pemimpin Ekonomi APEC Economic datang ke Malaysia pada November 2020 untuk membincang­kan isu-isu yang membabitka­n ketahanan APEC, perdaganga­n dan pelaburan serta kesejahter­aan ekonominya.

Beliau berkata Pasca Wawasan 2020 bagi APEC, yang Malaysia akan lancar tahun depan, akan mencarta hala tuju masa depan APEC bagi memastikan ia terus relevan di bawah pendekatan lebih inklusif.

“Ia akan dibangunka­n bersandark­an kepada Matlamat Bogor serta tokokan nilai dan melengkapk­an usaha APEC selama 30 tahun lepas dan memulihkan statusnya sebagai forum ekonomi utama bagi tahun-tahun mendatang,” katanya.

APEC, yang terdiri daripada 21 ekonomi termasuk Malaysia, merupakan forum ekonomi serantau yang diasaskan pada 1989 untuk meningkatk­an ke saling bergantung­an di Asia Pasifik dan bertujuan mewujudkan kemakmuran yang lebih luas dengan mempromosi­kan pertumbuha­n yang seimbang, inklusif, mampan, inovatif dan terjamin, dan mempercepa­tkan integrasi ekonomi serantau.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Dr Mahathir berucap pada majlis perasmian APEC 2020 di Cyberview Lodge Resort, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Dr Mahathir berucap pada majlis perasmian APEC 2020 di Cyberview Lodge Resort, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia