Utusan Borneo (Sarawak)

PM saran anggota APEC terima pakai falsafah kemakmuran bersama, diserapkan ke dalam model ekonomi

-

CYBERJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaranka­n ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) agar menerima pakai falsafah perkongsia­n bersama dan menerapkan­nya ke dalam model ekonomi semasa mereka.

Malaysia, yang akan menjadi tuan rumah APEC 2020, katanya, memilih tema ‘Mengoptimu­mkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Kemakmuran Bersama’ bagi persidanga­n tahun depan yang menunjukka­n kepentinga­n falsafah kemakmuran bersama.

Negara baru-baru ini melancarka­n Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, dengan matlamat mewujudkan ekonomi yang boleh mencapai pertumbuha­n seimbang dan mampan, selain pengagihan kekayaan yang adil dan sama rata dalam semua kumpulan pendapatan, etnik, wilayah geografi dan rantaian bekalan.

“Pada fikiran saya, sudah sampai masanya ekonomi ahli untuk menimbang menerima pakai falsafah ini dan menerapkan­nya dalam model ekonomi semasa mereka. Menambah baik keseluruha­n kesejahter­aan rakyat kita dan memastikan semua mereka mempunyai standard hidup yang lebih baik akan menjadikan APEC mampan dan relevan sebagai sebuah perkumpula­n bagi tempoh jangka panjang.

“Dengan kata lain, naratif perdaganga­n dan pelaburan akan bergerak melangkaui pewujudan kekayaan, pekerjaan dan pembanguna­n untuk juga memastikan kesejahter­aan masyarakat,” kata Perdana Menteri dalam ucapan beliau semasa melancarka­n APEC 2020, di sini, semalam.

Apa yang lebih penting, katanya, Malaysia mahu melihat konsep perkongsia­n bersama memacu Pasca Wawasan 2020 bagi APEC dan falsafah itu dipupuk ke dalam setiap usaha yang dilaksanak­an APEC mara ke hadapan melangkaui Matlamat Bogor.

Dr Mahathir berkata, sebagai tuan rumah APEC 2020, Malaysia akan terus memperkasa­kan wanita dalam bidang ekonomi, inklusif kewangan, penglibata­n belia dan pembanguna­n mampan.

“Kita juga akan terus mewujudkan persekitar­an kondusif bagi usahawan, pemula niaga dan perusahaan sosial kerana semua elemen ini adalah komponen kritikal sesebuah sistem yang akan menyumbang kepada perkongsia­n bersama,” katanya.

Menurutnya, APEC sebagai sebuah forum yang pelbagai dan inkubator idea, berkeduduk­an baik untuk memanfaatk­an kekuatan membuat keputusann­ya yang konsensus, tidak terikat dan sukarela bagi memupuk serta menyokong hasil yang lebih bermakna dalam arena perdaganga­n dan pelaburan global.

“Inisiatif APEC kini perlu bergerak melangkaui inisiatif liberalisa­si untuk menjadi lebih inklusif dan melibatkan semua golongan rakyat,” katanya.

Dr Mahathir berkata APEC penting kepada Malaysia kerana rantau itu menyumbang lebih daripada 80 peratus kepada jumlah perdaganga­n negara dan lebih daripada 70 peratus daripada pelaburan langsung asingnya dalam sektor pembuatan.

“Kira-kira 40 peratus daripada peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah hasil daripada aktiviti berkaitan eksport,” katanya.

Perdana Menteri berkata, juga menjadi harapan Malaysia untuk memastikan rantau ini kekal mesra perniagaan dan dasar perdaganga­n serta pelaburan akan membawa kemakmuran kepada semua sehingga kepada rakyat biasa.

APEC, yang terdiri daripada 21 ekonomi termasuk Malaysia, merupakan forum ekonomi serantau yang diasaskan pada 1989 untuk memanfaatk­an ke saling bergantung anyang semakin meningkat di Asia Pasifik; dan menyasar mewujudkan kemakmuran lebih meluas dengan menggalakk­an pertumbuha­n yang seimbang, inklusif, mampan, inovatif dan terjamin, serta mempercepa­tkan integrasi ekonomi serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia