Utusan Borneo (Sarawak)

Cyberjaya, tuan rumah sidang kemuncak APEC Malaysia dahulu dan sekarang

-

CYBERJAYA: Lebih dua dekad yang lalu pada 1998, Cyberjaya yang pada masa itu dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) negara telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 1998.

Cyberjaya ketika itu hanya baru berada di peringkat awal fasa pembanguna­nnya dan masih baharu kepada pelabur asing.

Sebagai menandakan Cyberjaya sebagai lokasi bagi Sidang Kemuncak APEC pertama Malaysia, satu daripada jalan utama di situ dinamakan Persiaran APEC.

Semalam, Cyberjaya yang telah berusia 22 tahun itu sekali lagi menjadi tumpuan kerana menjadi tuan rumah bagi pelancaran rasmi APEC 2020 Malaysia.

Persamaan antara keduadua acara itu sudah pastinya jelas kerana ia berlaku di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri keempat dan sekarang merupakan Perdana Menteri ketujuh negara.

Bercakap pada pelancaran APEC 2020 semalam, Dr Mahathir mengimbas kenangan Cyberjaya sebagai tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC di Malaysia.

“Pada 1998, apabila Malaysia menganjurk­an APEC buat kali pertama dan saya adalah Perdana Menteri keempat, kami memilih Cyberjaya sebagai lokasi untuk Mesyuarat Pemimpin kerana kami ingin menunjukka­n MSC Malaysia, hab kita sendiri bagi pembanguna­n masa depan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), produk dan perkhidmat­an multimedia,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran rasmi APEC 2020 Malaysia semalam.

Perdana Menteri berkata C y berjaya kini telah melengkapi status yang diberikan kepadanya dan menjadi lokasi bagi pelbagai syarikat berkaitan teknologi serta agensi kerajaan.

“Kita (Malaysia) percaya ia sesuai bagi Malaysia memulakan peluang kedua kita menganjurk­an APEC di tempat yang sama seperti yang kita lakukan lebih dua dekad lalu,” katanya. Malaysia berbangga menjadi tuan rumah APEC sekali lagi selepas 22 tahun, kata Dr Mahathir. Menurutnya, 2020 merupakan tahun yang penting bagi APEC kerana ia menandakan berakhirny­a Matlamat Bogor yang dicetuskan pada 1994 dan telah direalisas­ikan oleh negara anggota secara berterusan sejak pelaksanaa­nnya.

APEC yang ditubuhkan pada 1989, berperanan sebagai forum perdaganga­n pelbagai hala dan kerjasama ekonomi untuk 21 negara anggota yang bertujuan untuk meningkatk­an kemakmuran dengan menggalakk­an pertumbuha­n seimbang, inklusif, mampan, inovatif dan pertumbuha­n terjamin dengan mempercepa­tkan integrasi ekonomi serantau.

Negara anggota APEC adalah Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, China, Thailand dan Vietnam.

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Dr Mahathir bergambar bersama Duta-Duta Besar, Pesuruhjay­a Tinggi dan wakil-wakil APEC pada majlis perasmian APEC 2020 di Cyberview Lodge Resort, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Dr Mahathir bergambar bersama Duta-Duta Besar, Pesuruhjay­a Tinggi dan wakil-wakil APEC pada majlis perasmian APEC 2020 di Cyberview Lodge Resort, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia