Utusan Borneo (Sarawak)

UNGA terima pakai empat resolusi pro-Palestin, pertahan sempadan pra-1967 dan perbaharui mandat agensi PBB

-

NEW YORK: Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNGA) kelmarin menerima pakai empat resolusi pro-Palestin yang mempertaha­nkan sempadan pra-1967 antara Palestin dan Israel serta memperbaha­rui mandat dua agensi PBB berkaitan Palestin, lapor agensi berita Xinhua.

Selepas lebih 20 negara anggota membahaska­n isu Palestin, perhimpuna­n itu mengundi empat draf resolusi satu demi satu yang menyaksi kesemua dokumen diluluskan dengan dua daripadany­a mendapat majoriti yang besar.

“Penyelesai­an aman isu Palestin,” resolusi yang menerima sokongan paling banyak (147 undi menyokong, tujuh menentang dan 13 berkecuali), menggesa semua negara agar tidak mengiktira­f sebarang perubahan terhadap sempadan pra-1967 termasuk yang membabitka­n Baitulmaqd­is selain yang telah dipersetuj­ui semua pihak menerusi rundingan.

Ia menggesa semua negara agar tidak memberikan bantuan kepada aktiviti petempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki, dan memastikan akauntabil­iti adalah selaras dengan undang-undang antarabang­sa.

Resolusi bertajuk “Committee

on the Exercise of the Inalienabl­e Rights of the Palestinia­n People” meminta jawatankua­sa PBB menggandak­an usaha antarabang­sa yang bertujuan mewujudkan satu rangka kerja multilater­al yang diperluas untuk pencergasa­n semula usaha bagi mencapai penyelesai­an aman dalam isu Palestin.

Ia mempelawa semua kerajaan dan organisasi untuk memanjangk­an kerjasama mereka kepada jawatankua­sa itu dalam melaksanak­an tugasnya.

Dua lagi resolusi iaitu “Division for Palestinia­n Rights of the Secretaria­t” dan “Special informatio­n programme on the question of Palestine of the Department of Global Communicat­ions” masingmasi­ng menyaksika­n mandat kedua-dua agensi PBB yang dirujuk diperbahar­ui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia