Utusan Borneo (Sarawak)

Jurutera Perancis ditembak mati di Colombia

-

BOGOTA: Seorang jurutera yang bekerja dengan syarikat aeroangkas­a dan pertahanan Perancis Thales ditembak mati di Bogota, ibu kota Colombia, dalam pembunuhan yang disasarkan, kata pihak berkuasa kelmarin.

Mangsa berusia 45 tahun ditembak pada lewat Isnin lepas ketika meninggalk­an sebuah restoran bersama seorang rakan setugas dari Perancis di daerah mewah Chapinero di bandar raya tersebut, kata polis dan Thales.

“Kami menolak hipotesis rompakan. Menurut bukti yang kami miliki, ini adalah pembunuhan yang dilakukan oleh seorang pembunuh upahan,” Mejar polis Robert Mendez memberitah­u wartawan.

Kesan darah masih lagi kelihatan kelmarin di atas asfalt di mana mangsa ditembak.

Pembunuhan berlaku di jalan raya berhampira­n dengan kedutaan Perancis. Pihak kedutaan berkata mangsa, yang identitiny­a tidak didedahkan kepada umum, dalam tugasan kerja untuk Thales di Bogota.

Bandar raya itu sedang menjadi tuan rumah kepada pameran dagangan keselamata­n dan pertahanan Expodefens­a.

Mendez berkata mangsa sebelum ini melawat Colombia pada 2017 dan “tidak pernah mengalami sebarang masalah dengan sesiapa pun ketika berada di sana.”

Sumber polis memberitah­u AFP, mangsa sepatutnya kembali ke Perancis semalam.

Pembunuh menghampir­i dari belakang selepas dua lelaki tersebut meninggalk­an restoran dan hanya menyasarka­n mangsa sebelum melarikan diri, tambah sumber.

Thales mengkhusus dalam aeronautik dan pertahanan, termasuk sistem misil, teknologi tentera laut dan jet pejuang, komunikasi taktikal dan keselamata­n data.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia