Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berkuasa Mexico berkas 10 serang pekan dekat sempadan AS

-

KOTA MEXICO: Pihak berkuasa Mexico kelmarin berkata mereka telah menangkap 10 lelaki bersenjata daripada komando kartel dadah yang menyerang sebuah pekan berhampira­n sempadan Amerika Syarikat (AS), menyebabka­n enam penduduk tempatan dan 17 penyerang terbunuh.

Sekurang-kurangnya 60 lelaki bersenjata telah mengganas di pekan kecil utara Villa Union pada hujung minggu, memasuki pekan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang lengkap bersenjata dan melepaskan tembakan rambang ke arah beberapa bangunan, termasuk rumah dan dewan bandar raya.

Pasukan tentera, Pengawal Negara dan polis kemudian melibatkan penyerang tersebut dalam satu siri tembakmene­mbak pada Sabtu dan Ahad lepas yang mengorbank­an 23 orang, menurut jumlah terbaharu daripada pihak berkuasa di negeri Coahuila.

Dua pekerja bandar raya yang diculik, empat anggota polis negeri dan 17 penyerang terbunuh dalam serangan itu, kata pihak berkuasa.

Episod itu menandakan insiden keselamata­n memalukan yang terbaharu bagi Presiden Andres Manuel Lopez

Obrador, yang memegang jawatan setahun lepas berjanji untuk membantera­s keganasan kejam dalam “perang dadah” di Mexico.

Pihak berkuasa telah melancarka­n pemburuan besar selepas serangan itu, mengumumka­n lapan tangkapan baharu kelmarin, sebagai tambahan kepada dua suspek yang ditahan sebelum ini.

Gabenor Coahuila Miguel Angel Riquelme berkata mereka yang ditangkap “terlibat secara langsung dalam serangan ke atas Dewan Bandar raya Villa Union dan rumah-rumah yang ditembak sepanjang jalan, termasuk konfrontas­i” dengan pasukan keselamata­n.

Beberapa saksi berkata lelaki bersenjata memakai lambang Kartel Timur Laut, satu pasukan pecahan daripada Zetas, sebuah kartel dadah yang ditubuhkan oleh komando tentera yang korup di negeri utara Tamaulipas pada 2010.

“Arahan untuk mereka adalah menakutkan orang dan melakukan keganasan serta merampas barangan,” Riquelme memberitah­u saluran radio Mexico Formula.

“Saya percaya bahawa mereka mahu membuka satu laluan pengedaran dadah baharu” ke Amerika Syarikat, tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia