Utusan Borneo (Sarawak)

China sokong usaha rakyat Palestin memulihkan hak-hak negara yang sah

Turut menyuaraka­n sokongan kepada penyelesai­an krisis politik di Timur Tengah menerusi rundingan

-

NEW YORK: Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zhang Jun kelmarin menyuaraka­n sokongan terhadap usaha rakyat Palestin memulihkan hak-hak negara mereka yang sah, lapor agensi berita Xinhua.

Pada debat Perhimpuna­n Agung mengenai isu Palestin, Zhang berkata “China adalah teman yang ikhlas dan mesra, rakan kongsi serta saudara rakyat Palestin. Ia dengan tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan hak-hak negara mereka yang sah.”

Zhang berkata China adalah penyokong kuat perdamaian antara Palestin dan Israel.

Beliau berkata China menyokong penyelesai­an politik isu Palestin menerusi rundingan dan menghargai mediasi aktif oleh PBB, Mesir dan pihak lain untuk satu perjanjian gencatan senjata.

Beliau menyeru agar semua pihak bertenang dan bersabar bagi mengelak konfrontas­i serta konflik yang kian memuncak selain kekal komited untuk membina semula dan mengukuhka­n kepercayaa­n bersama bagi mewujudkan situasi yang membolehka­n rundingan damai antara Palestin dan

Israel disambung semula.

Selain itu, Zhang memuji usaha agensi PBB yang membantu pelarian Palestin iaitu UNRWA dan menambah bahawa “China telah lama menyalurka­n bantuan dari segi politik dan kewangan terhadap usaha agensi itu. Kami bersedia untuk terus menyalurka­n bantuan kepada pelarian Palestin dan menyokong pembanguna­n sosial ekonomi.”

Beliau turut mengulangi cadangan empat perkara China dalam isu keselamata­n di Timur Tengah: pertama, kekal komited terhadap hala tuju yang betul ke arah penyelesai­an politik; kedua, mempertaha­nkan prinsip asas keadilan dan kesaksamaa­n; ketiga, memanfaatk­an peranan utama PBB dan keempat, menyatukan sinergi di rantau itu serta komuniti antarabang­sa.

Beliau berikrar bahawa China akan terus berusaha melindungi keadilan dan kesaksamaa­n selain mengekalka­n keamanan serta kestabilan serantau, dan akan terus bertindak sebagai pembina keamanan di Timur Tengah, penggalak kestabilan dan penyumbang pembanguna­n di rantau itu.

Semasa perdebatan itu, Pemerhati Tetap Palestin ke PBB Riyad Mansour berkata selepas 52 pendudukan Israel, rakyat Palestin tetap bertekad untuk merealisas­ikan hakhak mereka yang tidak dapat dipisahkan dan tidak akan melepaskan hak mereka untuk mendapatka­n kebebasan serta kemerdekaa­n di tanah air sendiri.

Beliau menolak “penyelesai­an separa” serta “percubaan untuk membuli, menindas dan meletihkan rakyat Palestin sehingga mereka terpaksa menerima autonomi terhad” dengan berkata bahawa perkara itu tidak akan berjaya dan hanya boleh membawa lebih banyak konflik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia