Utusan Borneo (Sarawak)

Lindungi keluarga dengan vaksin influenza setiap tahun

Influenza amat berbahaya kepada golongan yang berisiko seperti wanita hamil, kanak-kanak dan orang dewasa 65 tahun ke atas

-

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menggesa rakyat Malaysia melindungi anggota keluarga mereka daripada ancaman influenza melalui suntikan vaksin setiap tahun.

Meskipun beliau dan suami Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjaga kesihatan menerusi amalan gaya hidup sihat, suntikan pencegahan itu diambil setiap tahun memandangk­an terdapat pelbagai ancaman penyakit pada masa kini.

Ini kerana influenza amat berbahaya kepada golongan yang berisiko seperti wanita hamil, kanak-kanak bawah lima tahun, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik, kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

“Saya dan suami (Dr Mahathir) telah mengambil suntikan itu sejak beliau kali pertama jadi perdana menteri lagi.

“Dahulu ambil suntikan kalau ingin ke luar negara, sekarang walaupun tidak ke luar negara tetap ambil sekurang-kurangnya sekali setahun,” kata Dr Siti Hasmah selepas merasmikan kempen ‘Flu Prevention Is An Act Of Love’ anjuran Immunise4L­ife (IFL) di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal IFL, Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Kempen pendidikan komuniti besar-besaran itu turut mendapat kerjasama Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Kumpulan Kerja Influenza Malaysia, Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan inisiatif Vaksinasi Itu Perlindung­an.

Siti Hasmah, yang juga penaung IFL, dalam pada itu menjelaska­n mereka ambil suntikan itu atas nasihat anak sebagai vaksin tambahan bagi menjaga kesihatan di samping suntikan pneumococc­al selain mempraktik­kan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan dan tidur yang cukup.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata kempen ini diharap dapat membuka mata rakyat negara ini akan kepentinga­n vaksin tambahan ini kerana influenza boleh membawa maut berbanding selesema biasa yang tidak berbahaya.

“Sebab itu ia kurang mendapat sambutan kerana keliru antara influenza dan selesema biasa. Sesetengah orang yang terjangkit akan melawan influenza dan pulih, tetapi yang lain pula tidak.

“Disebabkan usia dan masalah kesihatan lain yang dihadapi pada masa sama mereka mungkin mendapat penyakit yang teruk disertai komplikasi yang membawa maut, termasuk radang paruparu (pneumonia), jantung (miokarditi­s), otak dan kegagalan berbilang organ,” katanya.

Ketika ini suntikan vaksin influenza hanya boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar RM50 hingga RM125 setiap suntikan. — Bernama

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam mengadakan perbincang­an berhubung rancangan mewujudkan Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor.

Menerusi catatan dan beberapa keping gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, perbincang­an terbabit dilakukan ketika baginda menerima kunjungan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Pasir Pelangi, di sini.

“Pada hari ini (semalam), saya menerima kunjungan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dibincangk­an mengenai perancanga­n Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, yang bertumpu sepenuhnya kepada rawatan, penyelidik­an dan pendidikan kanser,” titah baginda menerusi laman Facebook berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah wakil Asian American Medical Group (AAMG) yang menerajui projek itu, mengutarak­an keperluan lebih ramai bilangan pakar kanser bagi memberikan kualiti perkhidmat­an yang terbaik.

Baginda bertitah, pusat kanser itu dalam merealisas­ikan impian Almarhum Tunku Abdul Jalil yang sentiasa mahu membantu pesakit kanser.

Selain itu, menerusi catatan sama baginda bertitah, Dzulkefly turut menyampaik­an perkembang­an semasa mengenai kerja-kerja penambahba­ikan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Antaranya membabitka­n pendawaian bangunan utama yang sudah berusia lebih 70 tahun yang perlu ditambah baik dan kerja-kerja itu akan dimulakan pada tahun hadapan.

Lokasi tragedi kebakaran Unit Rawatan Rapi HSA pada Oktober 2016 juga akan diperbaiki, titah baginda.

“Saya turut mencadangk­an keperluan sebuah lagi hospital di Johor Bahru memandangk­an berlaku peningkata­n dari segi pesakit serta kesesakan di HSA pada masa sekarang.

Saya mahukan perkhidmat­an perubatan awam yang lebih baik untuk rakyat Johor,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Dr Siti Hasmah (dua kanan) ketika menghadiri pelancaran kempen ‘Flu Prevention Is An Act Of Love’ yang dianjurkan oleh Immunise4L­ife (IFL) dengan kerjasama Kumpulan Kerja Influenza Malaysia (MIWG) dan inisiatif Vaksinasi Itu Perlindung­an (VIP) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Dr Siti Hasmah (dua kanan) ketika menghadiri pelancaran kempen ‘Flu Prevention Is An Act Of Love’ yang dianjurkan oleh Immunise4L­ife (IFL) dengan kerjasama Kumpulan Kerja Influenza Malaysia (MIWG) dan inisiatif Vaksinasi Itu Perlindung­an (VIP) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia