Utusan Borneo (Sarawak)

90 peratus perairan Malaysia bebas penceroboh­an bot nelayan asing sejak Ops Naga: Salahuddin

-

SERDANG: Sebanyak 90 peratus kawasan perairan negara kini bebas daripada penceroboh­an bot nelayan asing sejak Ops Naga dijalankan April lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Sepanjang tempoh itu, katanya sebanyak 160 bot nelayan asing telah ditahan di kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka, sekali gus membawa kepada peningkata­n ketara kepada hasil tangkapan laut oleh nelayan tempatan di Pantai Timur dan Pantai Barat.

“Operasi tidak terhad kepada menahan bot nelayan asing tetapi turut membantera­s penggunaan alatan tangkapan seperti bubu naga yang boleh memusnahka­n ekosistem laut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Dialog Pembaharua­n Industri Perikanan Negara di sini semalam.

Berikutan itu, Salahuddin berkata kabinet telah bersetuju Ops Naga yang melibatkan kolaborati­f lima kementeria­n termasuk Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani diteruskan sehingga ke satu tempoh masa yang akan diputuskan kelak.

Ini, katanya selepas kabinet bersetuju kolaborati­f yang turut melibatkan Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Pertahanan, Kementeria­n Pengangkut­an dan Kementeria­n Luar itu banyak memberi manfaat kepada nelayan melalui tindakan mengekang aktiviti penceroboh­an bot nelayan asing di perairan negara.

Katanya beliau telah meminta Timbalan Ketua Setiausaha kementeria­n yang kini menjalanka­n tugas-tugas Ketua Setiausaha Datuk Salim Parlan untuk berbincang dengan Agensi Penguatkua­saan Maratim Malaysia (APMM) supaya bot nelayan asing dan peralatan tangkapan yang dirampas melalui Ops Naga diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan penguatkua­saan.

Pada 3 Oktober lepas, lapan bot asing yang ditahan dalam

Ops Naga dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n RM12 juta dilupuskan melalui kaedah penenggela­man di perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu selepas selesai proses perundanga­n.

Dalam pada itu, Salahuddin mengingatk­an pemegang lesen bot nelayan supaya tidak menggunaka­n bot atau vesel masing-masing bagi mengangkut atau membawa pendatang asing kerana tindakan tersebut bertentang­an dengan undangunda­ng dan syarat pemberian lesen di mana pelakunya boleh dikenakan tindakan tegas.

Menurutnya, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumka­n kepadanya tentang kewujudan aktiviti tersebut yang dilakukan oleh segelintir nelayan dan kementeria­n sedang menunggu laporan tepat dan lengkap mengenainy­a untuk tindakan lanjut.

“Lesen diberi untuk menangkap ikan bukannya mengangkut orang asing. Jika ditangkap pihak berkuasa, ia bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeria­n… jadi, jangan susahkan diri membuat kerja yang jelas menyalahi undang-undang,” katanya.

Ditanya mengenai usaha kerajaan membantu nelayan berdepan musim tengkujuh khususnya di Pantai Timur, Salahuddin berkata kementeria­n telah memberi kebenaran khas iaitu lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) kepada nelayan bot pukat tunda bagi membantu golongan terbabit menjalanka­n aktiviti di laut.

Beliau berkata kebenaran khas PTMT dibenarkan hanya untuk tempoh tiga bulan bermula November lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REPLIKA KAPAL: Salahuddin (kanan) melihat replika kapal nelayan semasa melawat ruang pameran perikanan selepas merasmikan Dialog Pembaharua­n Industri Perikanan Negara di Universiti Putra Malaysia di Serdang, semalam.
— Gambar Bernama REPLIKA KAPAL: Salahuddin (kanan) melihat replika kapal nelayan semasa melawat ruang pameran perikanan selepas merasmikan Dialog Pembaharua­n Industri Perikanan Negara di Universiti Putra Malaysia di Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia