Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens terus kekal impian pertahanka­n kejuaraan

Dua gol Jesus bantu City bangkit benam Burnley 4-1 rapatkan jurang kepada kurang lapan mata di belakang Liverpool

-

BURNLEY, England: Gabriel Jesus menjaringk­an dua gol ketika Manchester City menunjukka­n bahawa mereka belum mengalah untuk mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Burnley 4-1 dan merapatkan jurang ketinggala­n di belakang pendahulu liga Liverpool kepada kurang lapan mata.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu bergelut untuk menyamai dua musim terakhir di mana pasukannya muncul juara liga tetapi kelihatan seperti diri mereka yang lama dalam apa yang merupakan perlawanan sukar di Turf Moor.

Jesus mengambil sepenuh peluang untuk menyerlah ketika ketiadaan Sergio Aguero kerana kecederaan apabila menjaringk­an dua gol cantik dalam kedua-dua babak untuk menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa gol sebelum jaringan Rodrigo dan Riyad Mahrez membolehka­n mereka memintas Leicester City ke tangga kedua liga dengan perbezaan gol.

Robbie Brady menjaringk­an gol sagu hati lewat buat Burnley, yang kekal di tangga ke-11.

City menguasai permainan dari minit pertama sehingga ke wisel penamat dan boleh menjaringk­an lebih banyak gol jika tidak kerana ketangkasa­n penjaga gol Burnley, Nick Pope.

“Saya gembira kami melakukan lebih banyak hantaran,” kata Guardiola ketika menjelaska­n pasukannya sudah melupakan prestasi hambar mereka.

Jesus ada menjaringk­an gol lebih awal tetapi tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid tetapi beliau akhirnya membuka jaringan dengan satu rembatan lencong cantik dari umpanan David Silva.

Pope menepis cubaan Raheem Sterling dan Bernardo Silva untuk mengekalka­n saingan Burnley sehingga ke masa rehat.

Jesus menambah jaringan lima minit selepas rehat apabila menyempurn­akan hantaran lintang Bernardo.

Beliau hampir menjaringk­an hatrik pertama beliau tidak lama selepas itu tetapi rembatanny­a sedikit tinggi dari pintu gol.

“Kami memerlukan Gabriel menjaringk­an gol, ia akan membantu beliau dan pasukan. Kami kehilangan penyerang hebat ketika ini,” kata Guardiola yang merujuk kepada Aguero.

“Rodri cukup hebat dengan kelasakann­ya. Cara beliau berlatih, beliau mahu terus belajar. Ia menarik untuk bercakap dengan beliau tentang taktik permainan.

“Pada masa yang betul, beliau membantu kami, beliau menyesuaik­an diri dan cukup sempurna untuk liga ini. Saya fikir Manchester City membeli seorang pemain yang hebat untuk beberapa tahun akan datang,” tambah beliau.

Rodrigo menamatkan malam cemerlang dengan gol apabila merembat kencang dari luar kotak penalti ketika berbaki 22 minit permainan sebelum Mahrez juga menjaringk­an gol dengan rembatan dari luar

Brady kotak penalti selepas dimasukkan medari bangku simpanan.

nafikan City rekod tanpa bolos yang pertama dari lapan perlawanan dengan gol lewat.

Guardiola bagaimanap­un enggan mengulas tentang mengejar Liverpool dan memenangi kejuaraan liga buat kali ketiga berturuttu­rut.

“Pasukan kami stabil dan itulah apa yang kami mahukan. Kami memiliki jurang agak jauh berbanding Liverpool di mana ia adalah gila untuk mula memikirkan tentang kejuaraan. Kami harus memikirkan tentang perlawanan seterusnya (menentang kelab jiran Manchester United), pertanding­an lain dan mengekalka­n rentak ini,” kata beliau.

— AFP

“Saya gembira kami melakukan lebih banyak hantaran.”

Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ?? TERJAH JARING: Jesus (dua kanan) melepaskan rembatan voley di hadapan pemain pertahanan Burnley untuk menjaringk­edua City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, Burnley kelmarin.
kan gol
GUARDIOLA
TERJAH JARING: Jesus (dua kanan) melepaskan rembatan voley di hadapan pemain pertahanan Burnley untuk menjaringk­edua City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, Burnley kelmarin. kan gol GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia