Utusan Borneo (Sarawak)

Schlupp pastikan Palace raih kemenangan pada hari pertama penyiaran Amazon

-

LONDON, England: Jeffrey Schlupp memastikan kemenangan berharga Crystal Palace apabila menjaringk­an gol tunggal perlawanan untuk menewaskan Bournemout­h 1-0 pada hari syarikat gergasi penyiaran langsung atas talian, Amazon, memasuki penyiaran Liga Perdana Inggeris Selasa lepas.

Palace bermain dengan 10 pemain dari minit ke-19 apabila pemain pertahanan­nya, Mamadou Sakho dibuang padang ekoran terjahan keras tetapi pasukan tuan rumah bagaimanap­un masih mengawal permainan dan Schlupp, pemain gantian, memastikan keceriaan penyokong tuan rumah apabila menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-76.

Ketika ia adalah malam yang hebat buat Palace, dan naik ke tangga kelima liga dengan 21 mata sebelum perlawanan lain, penyiaran langsung atas talian satu perlawanan Liga Perdana mungkin membolehka­n beberapa penonton memilih untuk membeli-belah atas talian.

Separuh masa pertama agak hambar dengan insiden paling menarik perhatian ialah terjahan keras Sakho ke atas Adam Smith.

Masalah di benteng pertahanan Palace semakin teruk tidak lama selepas itu apabila Patrick van Aanholt terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan, walaupun penggantin­ya, Schlupp kemudian menjaringk­an gol kemenangan.

“Ia sentiasa sukar bermain dengan 10 pemain dan kemudian kami kehilangan rentak, jadi kami dipaksa bekerja lebih keras selepas itu,” kata Hodgson.

“Ia kelihatan kami akan kalah tetapi pemain menunjukka­n mereka tidak fikir mereka akan kalah dengan karektor yang mereka tunjukkan.”

Bournemout­h, yang sekarang sudah tewas empat perlawanan berturut-turut untuk berada di tangga ke-12 liga dengan 16 mata, gagal mengambil sepenuh peluang dengan kelebihan bermain lebih seorang pemain, terutama sekali dengan penjaga gol Palace, Vicente Guaita, tidak langsung diuji.

“Ia tidak cukup bagus,” kata pengurus Bournemout­h, Eddie Howe. “Mereka sangat teratur dalam padang dan kami hilang idea. Kami kekurangan kreativiti dan semangat di sini.”

Pada malam yang dingin, penyokong Palace bagaimanap­un kelihatan ‘hangat’ bersorak menyokong pasukan mereka dan kesungguha­n mereka dibalas apabila Schlupp menjaringk­an gol kemenangan.

Palace tidak bernasib baik mencapai kemenangan dengan lebih banyak gol apabila cubaan James McArthur ditepis penjaga gol Aaron Ramsdale.

Amazon membayar 90 juta pound untuk menyiarkan 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris atas talian untuk tiga musim – perkhidmat­an siaran langsung atas talian yang pertama untuk bola sepak elit Inggeris. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Schlupp (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol kemenangan Palace pada aksi di Selhurst Park, London kelmarin.
— Gambar AFP CERIA: Schlupp (kanan) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol kemenangan Palace pada aksi di Selhurst Park, London kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia