Utusan Borneo (Sarawak)

Arifin cadang KBS wujudkan PSB di Membakut

- Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Arifin Arif meminta Kerajaan Persekutua­n khususnya Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Malaysia agar mewujudkan sebuah Pusat Sukan Bersepadu (PSB) di daerah ini.

Beliau berkata, dengan adanya PSB di Membakut, golongan belia khususnya di pedalaman bawah (Kimanis, Beaufort dan Sipitang) dapat mengasah sekali gus mengembang­kan bakat masing-masing dalam kegiatan sukan.

Arifin menyampaik­an cadangan tersebut semasa Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghadiri program ‘Townhall Belia’ yang diadakan di Dewan Wawasan Kampung Pimping, barubaru ini.

Jelasnya, cadangan tersebut adalah seiring dengan hasrat golongan belia di Membakut dan sekitarnya terhadap keperluan sebuah pusat sukan untuk semua.

“PSB merupakan antara sebahagian hasrat golongan belia. Mereka inginkan sebuah pusat yang selesa dan sesuai yang dilengkapi dengan kemudahan untuk pelbagai aktiviti sukan yang diminati.

“Kita mahu PSB ini digunakan oleh anak-anak muda untuk mengembang­kan bakat mereka dalam kegiatan sukan yang mereka minati selain kegiatan-kegiatan belia yang lain,” katanya semasa menyampaik­an ucapannya di majlis itu.

Dalam perkembang­an sama, Arifin memberitah­u sukan terutama di kawasan luar bandar turut dijadikan sebagai salah satu platfrom untuk menghimpun­kan para belia dengan aktiviti yang bermanfaat.

Beliau percaya, belia yang aktif bersukan dapat membentuk diri masing-masing dengan nilai daya juang yang tinggi bagi menghadapi segala cabaran selain dapat membentuk disiplin serta akhlak mereka.

Mengulas lanjut, Arifin turut menyambut baik usaha KBS dalam melaksanak­an program ‘Townhall Belia’ kerana ia bukan sahaja memberi ruang kepada belia untuk menyampaik­an cadangan dan pendapat mereka tetapi juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang isu-isu semasa yang melibatkan golongan belia.

 ??  ?? BERBASIKAL: Arifin menemani Syed Saddiq berbasikal ke Pantai Pimping sejurus selesai program Townhall Belia yang diadakan itu.
BERBASIKAL: Arifin menemani Syed Saddiq berbasikal ke Pantai Pimping sejurus selesai program Townhall Belia yang diadakan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia