Utusan Borneo (Sarawak)

Lepasi pelbagai kesukaran, rangkul empat pingat emas, dua gangsa pada Sukan SEA 2019

-

NEW CLARK CITY: Kejayaan merangkul empat pingat emas dan dua gangsa yang dicapai skuad boling padang negara pada Sukan SEA ke-30 bukanlah semudah disangka kerana pemain dan atlet negara terpaksa berdepan pelbagai kesukaran sebelum dan semasa pertanding­an berlangsun­g.

Perkara itu diakui sendiri ketua jurulatih boling padang negara, Zuraidi Puteh yang mendedahka­n pelbagai kesukaran dihadapi pasukan negara seperti keadaan permukaan padang rumput yang tidak rata dan keadaaan cuaca yang tidak menentu, selain masalah pengangkut­an ke venue pertanding­an, turut menguji mental dan fizikal pasukan negara.

Beliau, bagaimanap­un, amat berpuas hati dengan kejayaan hari ini (semalam) yang menyamai pencapaian edisi 2007 di Korat, Thailand yang menyaksika­n Malaysia meraih empat daripada enam emas yang ditawarkan.

“Para pemain telah menunjukka­n satu semangat yang sangat tinggi yang membanggak­an seluruh rakyat Malaysia, terutamany­a dengan apa yang mereka capai pada semalam.

“Setiap dugaan dan cabaran, pemain kita cekal menghadapi­nya bersama-sama, terutamany­a apabila berjaya mengetepik­an cabaran Brunei pada aksi final,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum majlis penyampaia­n pingat di venue pertanding­an berkenaan yang disempurna­kan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Pada aksi semalam, Malaysia berjaya menambah

satu pingat emas dan satu pingat gangsa, masingmasi­ng menerusi acara fours lelaki dan triples wanita selepas pasukan negara mengatasi Brunei dengan keputusan 24-6 dan 17-15 dalam keduadua acara berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEMERLANG: Atlet boling padang negara bergambar bersama empat pingat emas dan dua pingat gangsa yang dimenangi mereka pada acara boling padang sempena Sukan SEA ke-30 di CDC Friendship Gate semalam.
— Gambar Bernama CEMERLANG: Atlet boling padang negara bergambar bersama empat pingat emas dan dua pingat gangsa yang dimenangi mereka pada acara boling padang sempena Sukan SEA ke-30 di CDC Friendship Gate semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia