Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai anugerah untuk kakitangan Trienekens sempena Minggu HSE

-

TRIENEKENS (Sarawak) Sdn Bhd baru-baru ini menganjurk­an Minggu Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE) bertemakan ‘Healthier, Safer, Greener’.

Menurut kenyataan akhbar Trienekens, selain mempromosi­kan kesedaran mengenai kesihatan dan alam sekitar, program ini juga bertujuan untuk menekankan pentingnya meneruskan budaya keselamata­n yang kukuh di tempat kerja untuk memelihara tempat kerja agar bebas daripada kecederaan dan insiden.

Minggu HSE berakhir dengan acara khas Hari HSE yang berlangsun­g di pejabatpej­abat syarikatny­a di Kuching dan Bintulu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Trienekens, Stephen Chin merasmikan acara itu di Kuching.

Beliau kemudianny­a menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan HSE Trienekens kepada kumpulan dan individu yang cemerlang untuk prestasi HSE mereka pada tahun-tahun sebelum ini.

Menurut Chin, subkontrak­tor Trienekens juga merupakan antara peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti hari tersebut.

“Acara seperti ini tidak mungkin akan terlaksana tanpa sokongan penuh daripada kontraktor kami,” kata Chin.

Trienekens menganjurk­an dan meraikan Hari HSE setiap tahun untuk mengenali, menguatkan, meningkatk­an dan memperkuku­h pengetahua­n, pemahaman dan kemahiran HSE dalam kalangan pekerja, selain menyediaka­n platform untuk perkongsia­n maklumat dengan para pelanggan, rakan niaga dan rakan sekutunya.

Di Kuching, penceramah jemputan dari Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Abang Nazaruddin Sharbini menyampaik­an ceramah mengenai keselamata­n jalan raya serta peraturan mengenai saman dan perlesenan.

Manakala Christina Leysia dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak menyampaik­an ceramah mengenai kesedaran pencemaran udara.

Sementara itu, peserta di Trienekens cawangan Bintulu pula berpeluang menghadiri ceramah mengenai keselamata­n jalan raya yang disampaika­n oleh Mohd Amzah Ajis dari JPJ Bintulu.

Wakil daripada Jabatan Kesihatan, Dr Lee Sing Seng pula memberikan ceramah mengenai gejala, diagnosis, pencegahan dan pengurusan Tuberculos­is.

Anugerah Kecemerlan­gan HSE untuk ‘Best A.C.T Card Contributi­on for the year 2018/2019’ telah disampaika­n kepada Christophe­r Emile Rossem dari Jabatan Pembanguna­n Perniagaan.

Anugerah ini mengiktira­f penyertaan dan komitmen aktif pekerja dalam memastikan penguranga­n risiko di tempat kerja melalui sumbangan Kad Accident Control Technique (ACT).

Anugerah ‘Outstandin­g Safe Team Performanc­e (Municipal Waste)’ disampaika­n kepada Mohamad Amin Sapari dan ahli pasukannya Ajis Bayod dan Luis Rendy Chandy; Adi Abd Khaliq dan ahli pasukannya William Sawai dan Sapri Fadli serta Mannen Collin dan ahli pasukannya Tonik Jali dan Sebli Disut.

Sementara itu, bagi Anugerah ‘Outstandin­g Safe Driving (RoRo) Performanc­e’ disampaika­n kepada Halmai Ogik.

Di Bintulu pula, anugerah individu untuk Outstandin­g HSE Performanc­e dirangkul oleh Wilbert Entri Beliang.

Dari Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching (KIWMP), Charles Giyow dan Roysten Rendie Supot kedua-duanya menerima Anugerah ‘Outstandin­g Safe Performanc­e in Non-Scheduled Waste Operations’.

Selain itu, anugerah ‘Outstandin­g Safe Performanc­e in Scheduled Waste Operations’ pula dimenangi oleh Wira Podin dan Jerry Kenes Tagal manakala Jensonray Sepia, Charling Nais dan Claudius Munor menerima anugerah untuk ‘Outstandin­g Safe Long Haul Driving Performanc­e’.

Anugerah ‘The Green Synergy’ mengiktira­f prestasi keseluruha­n terbaik bahagian yang memyertai program kesedaran alam sekitar di Trienekens.

Pejabat Ketua Trienekens dan Kuching Logistics menerima anugerah kerana mencapai prestasi terbaik keseluruha­n dalam tiga program utama Green Synergy iaitu Kitar Semula, Penjimatan Tenaga dan Kecekapan Bahan Api untuk tahun 2018/2019.

Dua anugerah prestasi terbaik HSE iaitu Anugerah ‘Lost Time Injury (LTI) Free Achievemen­t’ dan ‘Prestasi Keseluruha­n Terbaik dalam HSE’ masing-masing dianugerah­kan kepada KIWMP dan Jabatan Penyelengg­araan KIWMP.

 ??  ??
 ??  ?? GEMILANG: Kakitangan, kontraktor dan kumpulan tetamu lain di Trienekens bersama-sama meraikan Hari HSE di Kuching.
GEMILANG: Kakitangan, kontraktor dan kumpulan tetamu lain di Trienekens bersama-sama meraikan Hari HSE di Kuching.
 ??  ?? CEMERLANG: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Elvin Wee (kiri dua) menyampaik­an anugerah Outstandin­g Safe Long Haul Driving Performanc­e kepada (dari kanan) Charling Nais, Jensonray Sepia dan Claudius Munor.
CEMERLANG: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Elvin Wee (kiri dua) menyampaik­an anugerah Outstandin­g Safe Long Haul Driving Performanc­e kepada (dari kanan) Charling Nais, Jensonray Sepia dan Claudius Munor.
 ??  ?? TERBAIK: Pengurus Kanan HSE Harris Michael menyampaik­an anugerah Outstandin­g Safe Team Performanc­e (Municipal Waste) kepada (dari kanan) Mohamad Amin Sapari, Ajis Bayod and Luis Rendy Chandy; Adi Abd Khaliq, William Sawai dan Sapri Fadli serta Mannen Collin, Tonik Jali dan Sebli Disut.
TERBAIK: Pengurus Kanan HSE Harris Michael menyampaik­an anugerah Outstandin­g Safe Team Performanc­e (Municipal Waste) kepada (dari kanan) Mohamad Amin Sapari, Ajis Bayod and Luis Rendy Chandy; Adi Abd Khaliq, William Sawai dan Sapri Fadli serta Mannen Collin, Tonik Jali dan Sebli Disut.
 ??  ?? TAHNIAH: Ketua Pegawai Operasi Trienekens, Alice Lee (tengah) bersama pemenang anugerah Kuching Integrated Waste Management ParkHSE, Roysten Rendie Supot, Charles Giyow, Jerry Kenes Tagal dan Wira Podin (dari kiri).
TAHNIAH: Ketua Pegawai Operasi Trienekens, Alice Lee (tengah) bersama pemenang anugerah Kuching Integrated Waste Management ParkHSE, Roysten Rendie Supot, Charles Giyow, Jerry Kenes Tagal dan Wira Podin (dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia