Utusan Borneo (Sarawak)

SK Siburan Batu, Trienekens dan MDS anjur program kitar semula

-

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Siburan Batu dengan kerjasama Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd dan Majlis Daerah Serian (MDS) mengadakan program kitar semula di Kuching, barubaru ini.

Objektif program itu untuk memperkena­lkan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle selain menggalakk­an amalan terbaik untuk mengasingk­an sumber sisa pepejal dengan bermula di peringkat sekolah rendah.

Program itu dihadiri Timbalan Setiausaha MDS Mahathir Zaafar dan Pengurus

Jabatan Trienekens Untuk CSR Janet J Balong.

Bercakap pada majlis itu, Mahathir berkata, pihaknya amat menyokong penganjura­n program seumpama ini kerana dapat membantu memberi kesedaran tentang alam sekitar dalam kalangan anak-anak sekolah dan ibu bapa.

“Program ini bagus untuk pendedahan kepada anak-anak muda kerana secara tidak langsung dapat meningkatk­an kesedaran kepada mereka tentang pengurusan sisa pepejal dan alam sekitar yang lebih baik.

“Pada masa sama, program ini dapat mengekalka­n kos penyelengg­araan di bawah kawalan serta memastikan persekitar­an kekal bersih dan sihat untuk kepentinga­n komuniti.

“Kita harap program seperti ini dapat diperluask­an ke sekolah-sekolah lain di daerah ini untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Sementara itu, Janet mengucapka­n tahniah kepada guru dan pelajar kerana berjaya melengkapk­an program kitar semula pada tahun ini.

“Perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar adalah isu yang semakin meningkat di seluruh dunia. Maka itu, adalah amat menggembir­akan untuk melihat murid dan guru SK Siburan Batu mengambil inisiatif dengan menganjurk­an acara ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menggalakk­an murid berkongsi pengetahua­n tentang pengalaman yang diperoleh dalam program berkenaan dengan rakanrakan lain di samping mengamalka­n konsep 3R di rumah serta kawasan kejiranan mereka.

 ??  ?? KITAR SEMULA: Murid dan guru dari SK Siburan Batu bersama tetamu lain merakam kenangan pada program kitar semula di sekolah itu, baru-baru ini.
KITAR SEMULA: Murid dan guru dari SK Siburan Batu bersama tetamu lain merakam kenangan pada program kitar semula di sekolah itu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia