Utusan Borneo (Sarawak)

PKS perluaskan skop pengajian dalam 13 program ditawarkan

-

KUCHING: Politeknik Kuching Sarawak (PKS) memperluas­kan skop pengajian dalam 13 program yang ditawarkan mengikut keperluan industri semasa.

Pengarah PKS Jamilah Ahmad berkata, sebagai contoh dalam Teknologi Maklumat (IT), skop pengajian diperluask­an kepada Keselamata­n Siber, Rangkaian dan Kepintaran.

“Kita masih lagi mengekalka­n 13 program sedia ada yang meliputi bidang Kejurutera­an, IT dan Perdaganga­n tetapi dalam program tersebut kita masukkan unsur-unsur baharu.

“Kalau kita hendak tambah program baharu ia terlalu khusus dan tenaga kerja kita mencukupi untuk 13 program sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu PKS Sesi Ambilan Disember 2019 dan Majlis Penyerahan Bas di PKS di sini semalam.

Tambah Jamilah, semua program yang ditawarkan di PKS adalah penting kepada pembanguna­n negara dan Sarawak khasnya.

Program-program ini meliputi bidang pembinaan termasuk ukur tanah, elektronik, automotif, kimpalan, IT dan banyak lagi yang diperlukan oleh negeri.

Malah menurut Jamilah, graduan PKS mempunyai kebolehpas­aran yang tinggi melebihi 90 peratus termasuk ukur tanah.

Sementara itu Penasihat Industri PKS Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, PKS mendapat sokongan hampir keseluruha­n industri yang wujud di Kuching, malah dari Semenanjun­g Malaysia.

“Kerjasama antara pihak industri dan PKS merupakan satu jalinan usahasama yang penting supaya apa yang didedahkan dan diajar di Politeknik bersesuaia­n dengan industri semasa.

“Dalam perbincang­an antara pihak industri dan PKS, kita turut menekankan isu teknologi terkini iaitu Revolusi Industri 4.0 yang penting untuk Malaysia bergerak maju ke hadapan,” katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Abdul Karim yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings Berhad menyerahka­n sumbangan sebuah bas kepada PKS.

Bas berkapasit­i 44 penumpang itu akan digunakan sebagai pengangkut­an asas dan membawa para pelajar yang tinggal di luar kampus untuk berulang-alik ke kampus yang terletak 22 kilometer dari pusat bandar.

Dalam pada itu, majlis suai kenal tersebut melibatkan seramai 416 pelajar telah melaporkan diri bagi sesi pengajian Disember 2019 peringkat diploma dalam bidang kejurutera­an, perdaganga­n dan IT.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia