Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran halal Jepun potensi besar bagi Malaysia

-

KOBE (Jepun): Di sebalik kemajuan teknologin­ya, Jepun terus menjadi tarikan yang besar kepada pelancong asing berikutan negara itu menawarkan perjalanan untuk meneroka alam semula jadi dan sumber budayanya.

Malah, terdapat beberapa bandar raya yang penuh dengan keindahan semula jadi, dengan Gunung Fuji -- mercu tanda paling ikonik negara itu - yang pasti menjadi pemandanga­n yang indah untuk dilihat.

Negara Matahari Terbit itu bersedia untuk menerima 40 juta pelancong asing untuk Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik pada tahun depan.

Kemasukan ramai pelancong Islam pada Sukan Olimpik dari 24 Julai hingga 9 Ogos, 2020 dijangka menggalakk­an pertumbuha­n makanan dan produk yang mematuhi syariah dan halal, berpotensi menjadi pasaran yang besar kepada pengeluar produk halal Malaysia.

Keperluan ini telah dinyatakan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking dalam misi perdaganga­n dan pelaburan ke Kobe yang bermula pada 29 Nov dan berakhir semalam.

Dalam ucaptama beliau pada Seminar mengenai Peluang Perniagaan di Malaysia, yang dianjurkan sempena misi itu, Darell berkata industri halal antara sektor paling penting bagi Malaysia untuk diteroka bersama Jepun.

“Dengan Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik 2020, Malaysia mahu bekerjasam­a dengan Jepun dalam memberikan penyelesai­an yang mampan dalam perkara berkaitan halal melalui pelbagai aspek seperti logistik, analisis data, runcit, pensijilan, pengedaran makanan dan pelanconga­n bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata antara inisiatif yang diambil ialah Misi Pecutan Eksport ke Jepun dari 4 hingga 8 Nov oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan agensi penggalaka­n perdaganga­nnya, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), yang disertai oleh 21 syarikat Malaysia.

“Misi itu antara inisiatif yang dirancang di bawah inisiatif Rantaian Nilai Halal Perdaganga­n Digital yang dilancarka­n oleh MITI pada 15 Ogos lepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia