Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada Januari-Mac 2020

-

PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada Januari hingga Mac 2020 berikutan Indeks Pelopor September 2019 menunjukka­n negara berada pada fasa ‘pemulihan’, kata Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, Indeks Pelopor digunakan bagi mengukur jangkaan hala tuju keseluruha­n aktiviti ekonomi untuk masa hadapan yang berupaya memberi isyarat awal arah tuju ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Mohd Uzir berkata, indeks Pelopor itu divisualis­asikan melalui Malaysia Business Cycle Clock (MBCC) yang merupakan inovasi baharu Jabatan Perangkaan untuk memberi kefahaman kepada pengguna secara lebih mudah dan mesra mengenai kitaran ekonomi secara visual berbanding data siri masa.

MBCC merupakan visualisas­i kitaran yang terbahagi kepada empat kuadran iaitu, Expansion (Pengembang­an); Slowdown (Penurunan); Recession (Kemeleseta­n) dan Recovery (Pemulihan), katanya pada majlis pelancaran Statistik Eksport Import Malaysia Mengikut Negeri dan MBCC, di sini, semalam.

MBCC, katanya turut menggambar­kan secara visual Indeks Serentak yang digunakan sebagai ukuran komprehens­if terhadap ekonomi semasa serta gambaran kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar bulanan.

“Indeks Serentak September 2019 berada pada fasa ‘slowdown’ yang menandakan ekonomi bertumbuh perlahan pada September 2019,” katanya.

Mohd Uzir berkata pembanguna­n MBCC telah meletakkan Malaysia setanding dengan inisiatif National Statistica­l Office yang hanya dikeluarka­n di beberapa negara maju seperti Belanda, Korea dan Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD).

Dalam pada itu, katanya, berdasarka­n Statistik Eksport Import Malaysia Mengikut Negeri, terdapat empat negeri yang menguasai eksport bagi tempoh Januari hingga September tahun ini iaitu Pulau Pinang (28.4 peratus); Johor (20.2 peratus); Selangor (19.8 peratus) dan Sarawak (8.3 peratus).

Bagi import pula, Selangor merupakan penyumbang terbesar sebanyak 27.5 peratus diikuti Pulau Pinang (21.1 peratus); Johor (20.4 peratus) dan Kuala Lumpur (8.7 peratus).

Eksport dan import di Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2019 mencatatka­n pertumbuha­n negatif iaitu RM728.5 bilion berbanding RM736.8 bilion (penurunan 1.1 peratus) dan RM627.7 bilion berbanding RM649.3 bilion (penurunan 3.3 peratus) bagi tempoh yang sama pada 2018.

 ?? — Gambar Bernama ?? STATISTIK EKSPORT IMPORT: Dr Mohd Uzir Mahidin menyampaik­an ucapan pada pelancaran Statistik Eksport Import Mengikut Negeri dan Malaysia Business Cycle Clock (MBCC) di Jabatan Perangkaan Malaysia semalam.
— Gambar Bernama STATISTIK EKSPORT IMPORT: Dr Mohd Uzir Mahidin menyampaik­an ucapan pada pelancaran Statistik Eksport Import Mengikut Negeri dan Malaysia Business Cycle Clock (MBCC) di Jabatan Perangkaan Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia