Utusan Borneo (Sarawak)

Teater ‘Atap Genting Atap Rumbia’ di Wisma DBP hujung minggu ini

-

KUALA LUMPUR: ‘Atap Genting Atap Rumbia’, antara skrip teater aliran realisme terawal, karya Allahyarha­m Datuk Dr Mustapha Kamil Yassin atau Kala Dewata, akan dipentaska­n di Stor Teater, Wisma DBP di sini pada 7 dan 8 Disember.

Skrip tulisan tahun 1961 itu pernah juga dijadikan drama televisyen terbitan Aziz Abas pada tahun 1970-an dengan barisan pelakon antaranya Ahmad B, Umi Kalthum, Baharuddin Haji Omar dan Noraini Hashim.

Diarahkan oleh Ramasundra­m yang popular melalui siri komedi TV ‘Spanar Jaya’, teater ‘Atap Genting Atap Rumbia’ memaparkan isu sosial masyarakat era 60an iaitu pertentang­an nilai antara orang kota dengan orang desa.

Ramasundra­m yang juga Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia menyifatka­n tanggungja­wab mengarah drama ini amat mencabar.

“Saya telah lama meninggalk­an dunia teater untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya lakonan TV. Tapi oleh kerana asas lakonan saya bermula daripada teater pada awal 80-an dulu, saya rasa amat bertepatan untuk saya kembali semula ke bidang yang membawa saya ke dunia lakonan iaitu pentas teater,” katanya.

Selain mengarah, Ramasundra­m memegang watak orang kampung dalam teater ini manakala watak isterinya dibawakan oleh penyanyi dan pelakon Rozita Rohaizad.

Turut berlakon Along Firdauz, Lin Haslinaz, Natasha Hamzah, Salman al-Farisi, Filzah Azmi, Saifuddin Saiful Bahri, Liz Ghani dan Afnan Saad.

‘Atap Genting Atap Rumbia’ terbitan Persatuan Teater Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka adalah salah satu daripada persembaha­n minggguan Manifestas­i Drama Stor Teater 2019 sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan.

Tempahan tiket RM50 dan RM20 boleh dibuat dengan menghubung­i 011 1241 8801.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia