Utusan Borneo (Sarawak)

105 peminat sukan frisbee sertai kejohanan di Limbang

-

MOSCOW, Rusia: Ketua badan anti dadah Rusia, mendesak pemecatan semua jurulatih kebangsaan olahraga dan mewujudkan satu kumpulan kerja antarabang­sa untuk membantu menarik balik penggantun­gan terhadap persekutua­n olahraga negara itu, menurut sepucuk surat yang dilihat oleh agensi berita Reuters Rabu lepas.

Persekutua­n olahraga Rusia telah digantung sejak 2015 kerana satu laporan dari Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) yang menemui bukti penipuan penggunaan dadah terancang besar-besaran dalam sukan itu.

Persekutua­n sejak itu berusaha untuk menarik balik penggantun­gan sehingga Olahraga Dunia, badan induk sukan olahraga dunia yang sebelum ini dikenali sebagai IAAF, bulan lepas menamatkan proses penarikan balik selepas presiden dan enam pegawai badan itu digantung kerana melanggar peraturan anti dadah.

Dalam surat sebanyak lima muka surat, Yuri Ganus, ketua agensi anti dadah Rusia (RUSADA), berkata negara itu perlu memecat semua jurulatih kebangsaan dan mewujudkan satu kumpulan kerja antarabang­sa untuk membantu menyiasat pelbagai kes penipuan dadah dalam negara.

Kes-kes termasuk melarang jurulatih yang digantung dari terus bekerja dengan atlet dan usaha memalsukan dokumen untuk melepaskan kegagalan atlet lompat tinggi Rusia, Danil Lysenko dari dakwaan yang menyebabka­n penggantun­gan tujuh pegawai sukan bulan lepas.

Reuters melaporkan pada bulan Jun di mana dua jurulatih olahraga Rusia dan seorang doktor masih terus bekerja dengan atlet walaupun dikenakan penggantun­gan.

Pada bulan Mei, Ganus meminta presiden persekutua­n olahraga Rusia untuk meletak jawatan dan juga melakukan beberapa reformasi lain.

Beliau berkata Rabu lepas di mana desakan beliau tidak diendahkan oleh pihak berkuasa sukan negara itu.

“Keputusann­ya satu malapetaka,” kata Ganus kepada Reuters dalam komen berasingan. “Saya fikir atlet lelaki dan wanita kami selayaknya yang lebih bagus lagi. Mereka selayaknya untuk bertanding pada kejohanan utama dunia tanpa sebarang halangan.” — AFP

LIMBANG: Seramai 105 peserta menyertai kejohanan sukan Ultimate Frisbee di sini, baru-baru ini.

Presiden Ultimate Limbang Eric Tang Tien Yong berkata, kejohanan itu disertai para peminat sukan frisbee (cakera/piring) dari Brunei, Kuala Lumpur, Bintulu, Miri dan Wilayah Persekutua­n Labuan dan Limbang.

Kejohanani­nikatanyab­ukan sahaja mempopular Limbang sebagai venue penganjura­n malah memberi pengalaman dan rangkaian kepada pemain ultimate di peringkat tinggi selain mengukuhka­n semangat berpasukan.

“Kejohanan ini mampu mengetenga­hkan dan mengasah bakat pemain selain memperkena­lkan Limbang sebagai venue penganjura­n sukan ultimate di wilayah serumpun,” ujarnya kepada media semalam.

Kejohanan itu dianjurkan Limbang Bulldozer Ultimate dengan kerjasama Kelab Rainbow Ultimate Ypatera, Co Bintulu.

Tang berkata bagi, kategori pool A, juara dimenangi pasukan Ungu, kedua pasukan Merah dan pasukan Hijau di tangga ketiga.

Manakala bagi pool B, pasukan Biru muncul juara, kedua pasukan Oren dan pasukan Emas ketiga.

Sementara itu, pasukan Emas memenangi Anugerah Semangat Pasukan Terbaik, Mohd Fikri dari Brunei (Pengadil Terbaik), Chiong Ding Sheng dari Limbang (Anugerah Bantuan Terbaik), Chuo Sing Zhou (Limbang) menggunggu­li Anugerah Langit Terbaik dan Susun Atur Terbaik dimenangi Paul Ho Teck En (Bintulu).

Dalam pada itu, Anugerah Emas kategori lelaki diungguli

Chesley Sii Chong Yu (Bintulu) dan kategori wanita dimenangi Khoo Rou Qing dari Pulau Pinang.

Kategori Anugerah Merah dimenangi Paul Ho Teck En (lelaki) dari Bintulu dan kategori wanita dimenangi

Nazneem Hashim (Kuala Lumpur).

Sementara itu, Chuo Sing Zhou (kategori lelaki) dari Limbangmen­gungguliAn­ugerah Biru

dan kategori wanita dimenangi Ngo Chai Hong (Limbang).

Anugerah Hijau kategori lelaki pula diraih Muhd Fikri Morshidi (Brunei) dan kategori wanita dimenangi Siti Halimatul Saadiah Mazelan (Brunei).

Anugerah Oren pula diungguli Taufiq Wachien Lim (Limbang) dan Nurieminda Natasya Md Azmie (Brunei).

Manakala, Md Saiful Anuar dan Marsya masing-masing dari Brunei memenangi Anugerah Ungu kategori lelaki dan wanita.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta bergambar pada kejohanan sukan Ultimate Frisbee di Limbang, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Para peserta bergambar pada kejohanan sukan Ultimate Frisbee di Limbang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia