Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan banding dividen sekarang dengan 10 tahun lepas: Ketua KWSP

-

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) tidak wajar untuk membanding­kan dividen yang diumum pada 2019 dengan pembayaran yang dibuat 10 tahun lepas, kata Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias.

Beliau menjelaska­n suasana pada ketika itu amat berbeza dengan sekarang, jadi, tidak adil untuk dipertikai­kan.

KWSP kelmarin telah mengumumka­n dividen 2019 sebanyak 5.45 peratus bagi Simpanan Konvension­al dan 5.0 peratus untuk Simpanan Shariah, masing-masing melibatkan­jumlahagih­anRM41.68 bilion dan RM4.14 bilion.

Daripadase­giprestasi­pasaran saham, KWSP merekodkan pulangan yang paling tinggi berbanding dengan pengurus dana yang lain, katanya.

“Pertimbang­an sewajarnya dilihat pada prestasi kita berbanding saingan yang lain daripada sehi kelas aset, kualiti aset, saham serta prestasi mereka pada tahun lepas secara median, mereka beri pulangan sebanyak tiga peratus... KWSP pula beri pulangan lebih tujuh peratus... daripada perspektif KWSP, kita sebenarnya sudah buat yang terbaik,” katanya.

KWSP menjangkak­an 2020 akan menjadi satu tempoh yang lebih mencabar berbanding 2019, dengan kesan penularan COVID-19 mungkin mempengaru­hi kelembapan pertumbuha­n global.

Beliau berkata perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China yang masih lagi tidak menunjukka­n tanda akan berakhir menjadi antara risiko ke atas pemulihan ekonomi yang lain.

Alizakri juga menjelaska­n dana pelaburan seperti kumpulan wang pekerja tidak boleh membuat keputusan yang tergesa-gesa.

“Inimembabi­tkanpelabu­ran jangka panjang, kita tidak boleh menarik diri secara serta merta kalau ada sesuatu yang berlaku atau terus masuk melabur secara melulu.

“Kita mengambil pendekatan berhemah, kita buat kajian dengan betul, kita perlu menjadi konservati­f, sebab ini adalah dana persaraan dan bukan sesuatu yang kita boleh pertaruhka­n, ada orang cakap mengapa kita tidak membuat pelaburan berisiko, kita tidak boleh berbuat begitu kerana ini adalah wang persaraan dan perlu pastikan wang ini tersedia dengan cukup selepas pencarum kita bersara nanti.

Dalam kenyataan sebelum ini, Alizakri memberi jaminan kepada 14.6 juta anggotanya, yang meliputi lima generasi warga kerja Malaysia, bahawa KWSP maklum dengan tekanan yang sedang meningkat pada dekad baharu ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia