Utusan Borneo (Sarawak)

TEIN lancar sistem suspensi kenderaan berprestas­i tinggi pasaran Malaysia Timur

-

MIRI: TEIN, Inc (Japan), pengeluar dan pengedar sistem suspensi automotif berprestas­i tinggi bersama wakilnya semalam melancarka­n absorber kenderaan ‘EnduraPro Series’ dan ‘4x4 Damper Sport’ di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini.

Bercakap kepada tetamu, Pengarah Urusan TEIN, Inc Yasushi Furubayash­i optimis produk TEIN diterima dengan baik oleh pemilik kenderaan di Sarawak.

“Dua tahun lalu, kami menumpukan usaha penjualan produk TEIN di China dan Thailand melalui anak syarikat kami - TEIN China dan TEIN Thailand dan kini berjaya di pasaran dan tahun lalu mula memperluas jualan ke rantau ASEAN dan pasaran Oceania,” katanya.

Beliau menjelaska­n syarikat itu berjaya dalam pasaran

Mongolia dan Korea Selatan serta yakin menembusi pasaran Malaysia Timur.

Pada majlis pelancaran tersebut, Penolong Pengurus Jualan TEIN Inc, Tomoaki Himeno menekankan kelebihan produk suspensi TEIN terutama EnduraPro Series adalah pada keselesaan pemanduan sama ada di lebuh raya atau jalan-jalan kecil.

Selain itu, beliau menjelaska­n produk tersebut teknologi dilengkapi dengan ‘Hydraulic Bump Stopper’ (HBS) berkesan menyerap haba dan hentakan.

‘TEIN 4x4 Damper Sport’ direka khusus kenderaan pacuan empat roda mampu menaikkan ketinggian kenderaan sehingga 1.5 inci (40mm) menampung pelbagai pemanduan jalan-jalan luar bandar. Ketinggian dengan mudah diselarask­an memudahkan pengendali­an kenderaan.

TEIN Inc (Japan) ditubuhkan pada 1985 di Yokohama, Jepun. Kedua-dua pengasas - Hakaru Ichino dan Yoshio Fujimoto bermula sebagai pesaing daripada pasukan berlainan dalam perlumbaan rali.

Namun, disebabkan tidak ada keserasian suspensi kenderaan perlumbaan rali mereka setuju bekerjasam­a dan kemudian membentuk syarikat TEIN - nama diilhamkan daripada ‘Technical Innovation’

menggabung­kan dua huruf pertama membentuk ‘TEIN’.

Selepas hampir empat dekad, syarikat tersebut berjaya memperkena­l pelbagai produk suspensi antaranya ‘Coil-overs’, ‘Low-down Spring’, EnduraPro (Absorber Series), ‘4x4 Damper’ dan ‘Electronic Damping Force Controller’ (EDFC).

Di Sarawak, pengedar sah produk TEIN termasuk Jun Hung Car Alignment Services Centre – Miri (+60 85-656 218), Hi-Tech Tyre & Alignment Services Sdn Bhd – Bintulu (+6086-315 239), Full Option Auto Accessorie­s & Performanc­e Services – Sibu (+60 12-887 9955) dan Loh Motorsport – Kuching (+6013-802 2220).

Semua produk TEIN dilindungi dengan jaminan satu tahun oleh pengedar masing-masing.

 ??  ?? LANCAR: Pegawai kanan TEIN Inc (Japan) serta wakil sahnya bersama pada pelancaran produk suspensi baharu TEIN.
LANCAR: Pegawai kanan TEIN Inc (Japan) serta wakil sahnya bersama pada pelancaran produk suspensi baharu TEIN.
 ??  ?? PAMER: Pelbagai jenis absorber TEIN yang dipamerkan.
PAMER: Pelbagai jenis absorber TEIN yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia