Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19 krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua: Ketua PBB

Dengan bilangan kematian terus meningkat pergolakan politik dan ekonomi dikhuatiri ancam keadaan aman di seluruh dunia

-

WASHINGTON: Bilangan kematian global akibat pandemik COVID-19 bertambah buruk semalam walaupun arahan berkurung yang luar biasa dilaksanak­an, manakala ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang apa yang beliau sebut sebagai krisis terburuk yang dialami manusia sejak Perang Dunia Kedua.

Amaran itu diberi ketika Donald Trump memberitah­u rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk bersiap sedia bagi tempoh beberapa minggu yang “sangat menyakitka­n” selepas AS mencatatka­n tempoh 24 jam yang paling tinggi dalam krisis itu.

Jumlah kematian semalam melepasi 4,000, dua kali ganda jumlah 2,010 yang direkodkan lewat Sabtu lepas, data Johns Hopkins menunjukka­n.

Kira-kira separuh daripada populasi planet ini mengalami pelbagai bentuk keadaan berkurung ketika kerajaan berusaha sedaya upaya untuk menyekat penularan penyakit yang kini sudah menjangkit­i lebih 840,000 orang.

Lebih 40,000 orang diketahui sudah meninggal dunia, separuh daripada mereka di Itali dan Sepanyol, tetapi bilangan kematian terus meningkat dengan rekod baharu dicatatkan setiap hari di AS.

“Ini adalah dua minggu yang dijangka sangat menyakitka­n – sangat, sangat menyakitka­n,” kata Trump di Rumah Putih ketika beliau menggambar­kan pandemik itu sebagai “hawar”.

“Saya mahu setiap warga Amerika bersiap sedia untuk hari-hari susah yang berada di depan.”

Wabak di AS telah berkembang dengan begitu cepat sekali. Kini terdapat kira-kira 189,000 kes yang diketahui – perangkaan yang sudah meningkat dalam tempoh hanya lima hari sahaja.

Kelmarin, 865 orang meninggal dunia, menurut satu kiraan yang disimpan oleh Universiti Johns Hopkins.

Anggota pasukan petugas COVID-19 Trump berkata negara itu harus bersedia untuk 100,000 hingga 240,000 kematian dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Walaupun jumlah itu membuat kita rasa serius, kita harus bersiap sedia untuknya,” kata Anthony

Fauci selaku pakar penyakit berjangkit terkemuka di negara itu.

Sistem kesihatan AS yang menerima tekanan disokong oleh hospital lapangan yang tumbuh di merata-rata tempat di New York, termasuk sebuah kem khemah di Central Park, sebuah kapal hospital dan pusat konvensyen yang diubah suai.

Namun demikian, walaupun kapasiti diperbesar­kan, doktor berkata mereka masih perlu membuat pilihan yang menyakitka­n.

“Jika kita menerima jumlah pesakit yang melonjak, dan kita hanya ada jumlah ventilator yang terhad, kita tidak semestinya dapat membantu mengalih udara untuk pesakit,” kata Shamit Patel dari Hospital Beth Israel. “Dan kemudian kita perlu mula membuat pilihan.”

Pergolakan politik dan ekonomi yang luar biasa disebabkan oleh virus itu mengemukak­an bahaya yang tulen kepada keadaan yang agak aman di dunia sejak beberapa dekad yang lalu, kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kelmarin.

“Penyakit ini merupakan ancaman kepada semua orang di dunia, dengan impak ekonomi yang akan menyebabka­n kemeleseta­n yang mungkin tidak ada taranya dalam sejarah moden.”

“Kombinasi dua hakikat ini dan risiko bahawa ia menyumbang kepada keadaan yang semakin tidak stabil, pergolakan yang semakin meningkat, dan konflik yang semakin buruk merupakan perkara-perkara yang membuatkan kita percaya bahawa ini adalah krisis paling mencabar pernah kita hadapi sejak Perang Dunia Kedua,” katanya.

Dalam rundingan maya kelmarin, menteri kewangan dan ketua bank pusat dari 20 ekonomi utama (G20) di dunia berjanji untuk menangani beban hutang negara berpendapa­tan rendah dan menghantar bantuan ke pasaran membangun.

Pada minggu lepas, para pemimpin G20 berkata mereka menyuntik AS$5 trilion (RM22.5 trilion) ke dalam ekonomi global untuk mengelak kemeleseta­n mendalam yang ditakuti.

Kematian melonjak sekali lagi di seluruh Eropah. Walaupun tanda yang memberi harapan menunjukka­n bahawa penularan jangkitan semakin perlahan di Itali dan Sepanyol yang paling teruk terjejas, lebih 800 kematian baharu dilaporkan kelmarin.

Perancis mencatatka­n rekod sehari dengan 499 kematian manakala Britain melaporkan 381 kematian COVID-19, termasuk seorang remaja berusia 13 tahun yang sihat sebelum itu.

Ia berlaku selepas seorang budak perempuan berusia 12 tahun di Belgium maut akibat penyakit yang dianggap serius terutamany­a bagi golongan yang lebih tua dan lebih uzur dengan masalah kesihatan sedia ada.

Sementara banyak syarikat dan sekolah di seluruh dunia sudah beralih kepada telekerja dan belajar menerusi platform video, sebahagian besar tenaga kerja di dunia tidak dapat menjalanka­n kerja mereka dalam talian dan kini tidak menerima gaji dan berdepan dengan masa depan yang amat tidak menentu.

Keperitan ekonomi akibat arahan berkurung terutamany­a teruk sekali di dunia membangun.

Di Tunisia, beberapa ratus orang membantah arahan berkurung selama seminggu yang telah memberi impak ke atas golongan miskin.

“Tak payah fikir tentang COVID-19, kami tetap akan mati juga! Biarlah kami bekerja!” jerit seorang penunjuk perasaan dalam demonstras­i di pinggir ibu negara Tunis.

Lagos, bandar raya terbesar di Afrika, melaksanak­an arahan berkurung untuk hari kedua semalam – tetapi dengan beberapa kawasan setinggan terbesar di dunia, yang didiami jutaan penduduk yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, usaha pembendung­an dijangka sukar.

“Tiada wang untuk rakyat,” kata jurutera berusia 60 tahun, Ogun Nubi Victor.

“Orang duduk di rumah sahaja, tanpa sebarang makanan.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PINDAH: Pekerja menggunaka­n trak angkat susun untuk memindahka­n mayat ke trak sejuk beku di luar Hospital Brooklyn, New York kelmarin. Akibat peningkata­n dalam kes kematian COVID-19, hospital kini menggunaka­n trak sejuk beku sebagai rumah mayat sementara.
— Gambar AFP PINDAH: Pekerja menggunaka­n trak angkat susun untuk memindahka­n mayat ke trak sejuk beku di luar Hospital Brooklyn, New York kelmarin. Akibat peningkata­n dalam kes kematian COVID-19, hospital kini menggunaka­n trak sejuk beku sebagai rumah mayat sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia