Utusan Borneo (Sarawak)

CATATAN HARIAN TERTINGGI

Sarawak catat 32 kes baharu positif COVID-19 semalam, Kuching diisytihar Zon Merah.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak semalam mencatatka­n 32 kes baharu positif COVID19 yang merupakan catatan harian tertinggi setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini menjadikan jumlah kes di Sarawak berjumlah 188 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kesemua 32 kes baharu itu dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Daripada 32 kes tersebut, 31 adalah dari Kuching dan satu dari Samarahan. Kebanyakan kes positif yang dilaporkan hari ini (semalam) adalah terdiri daripada mereka yang telah membuat saringan di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching,” ujarnya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa di sini, semalam.

Uggah berkata, sejak 21 Mac lalu, seramai 2,228 orang hadir di Kompleks Belia dan Sukan di sini dan 1,160 sampel telah diambil.

Katanya, sebanyak 49 kes adalah positif, 771 negatif dan 340 masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Saya merakamkan penghargaa­n kepada individu yang secara sukarela telah membuat saringan.

“Sekali lagi kita menyeru kepada orang awam yang mempunyai kontak rapat kepada mana-mana kes positif untuk pergi membuat saringan dengan kadar segera agar kita dapat mengesan pesakit dan kita juga berusaha untuk memutuskan jangkitan ini daripada terus merebak,” tegasnya.

Beliau berkata, setakat semalam juga sebanyak 66 kes baharu Orang Yang Disyaki (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 1,288 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,045 kes adalah negatif dan 55 kes PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Bagi statistik kes PUI mengikut daerah, daripada 66 kes, sebanyak 55 kes PUI di Kuching, satu kes di Bau, Samarahan (2), Sri Aman (1), Bintulu (1) dan Miri (6).

“Sehingga kini, Sarawak telah merekodkan lapan kematian sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac dan 14 kes telah discaj dari hospital,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Uggah berkata 26 daerah di Sarawak masih bebas COVID-19 dan dikategori­kan sebagai Zon Hijau.

Menurutnya, daerah tersebut ialah Bau, Lundu, Asajaya, Saratok, Pusa, Kabong, Meradong, Julau, Pakan, Kanowit, Selangau, Tatau, Sebauh, Dalat, Daro, Tanjung Manis, Marudi, Subis, Beluru, Telang Usan, Kapit, Belaga, Song, Bukit Mabong, Lubok Antu dan Tebedu.

“Saya mengumumka­n ini agar masyarakat di daerah yang dikategori­kan sebagai Zon Hijau supaya dapat mengekalka­n status tersebut.

“Sebab itu, kita memperketa­tkan pergerakan dari daerah ke daerah. Kita mohon agar orang ramai janganlah balik ke kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana ia akan menyebarka­n virus ini di kampung,” katanya.

Uggah berkata, Kuching merupakan satu-satunya daerah di negeri ini yang diisytihar­kan sebagai Zon Merah dengan 118 kes positif COVID-19.

Manakala, 13 daerah dikelaskan dalam Zon Jingga iaitu Kota Samarahan dengan 20 kes, Simunjan (1), Serian (4), Sri Aman (1), Betong (9), Sarikei (6), Sibu (4), Mukah (1), Matu (1), Bintulu (5), Miri (11), Limbang (6) dan Lawas (1).

Beliau menjelaska­n, kawasan diisytihar­kan Zon Merah mencatatka­n kes positif melebihi 41, sementara Zon Jingga 1 hingga 40 kes, manakala Zon Hijau tiada kes.

Menurutnya, pergerakan orang ramai di antara daerah hanya akan dibenarkan cuma bagi menjalanka­n tugas rasmi, pekerja perkhidmat­an penting, kematian ahli keluarga terdekat, ahli keluarga yang sakit tenat dan keperluan pemeriksaa­n kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia