Utusan Borneo (Sarawak)

Lima dipenjara 14 hari dan didenda kerana ingkar PKP

-

BINTULU: Lima orang awam yang berumur 25 hingga 45 tahun masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM500 atau penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Bintulu kelmarin berikutan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pencegahan penularan wabak COVID-19.

Mereka melakukan kesalahan itu antara jam 8 hingga 10 malam pada 27 Mac, 28 Mac dan 24 April lalu semasa sekatan jalan raya PKP di Tanjung Batu ke pasar dan Jalan Sebiew dari Kampung Jepak ke Kampung Baru.

Antara alasan yang dikemukaka­n semasa ditahan adalah keluar rumah pada jam 4 petang untuk pergi ke rumah kawan di Taman Yan Min untuk membaiki kereta, pergi ke pasar untuk membeli tambah nilai telefon bimbit ibu, untuk pergi ke rumah kakak dan untuk ke Medan Jaya dari Sungai Plan.

Manakala seorang lagi tertuduh ditangguhk­an perbicaraa­n sehingga 24 April menunggu laporan sosial dan tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 berserta seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di Balai Polis sekali dalam setiap dua minggu.

Lima lagi tertuduh yang tidak hadir perbicaraa­n kelmarin diperintah­kan mahkamah untuk dikenakan waran tangkap.

Seterusnya pada perbicaraa­n semalam Mahkamah Majistret turut menjatuhka­n hukuman ke atas tujuh lagi pesalah ingkar PKP dengan hukuman penjara sebulan dan denda RM500 atau tujuh hari penjara, penjara 45 hari dan denda RM500 atau penjara tujuh hari, penjara 14 hari dan denda RM1,000 atau penjara 14 hari serta denda RM1,000 atau penjara 14 hari.

Kesalahan pesalah pertama adalah ingkar PKP apabila ditahan di Jalan Sebiew semasa bergerak dari pasar ke Sungai Plan gagal memberikan keterangan yang munasabah pada jam 9.30 malam 29 Mac.

Kesalahan seterusnya membabitka­n tiga orang dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda ingkar PKP dari Medan Jaya ke Sungai Plan dan dalam sebuah kereta balik dari rumah kawan selesai minum minuman keras pada jam 10.09 malam 29 Mac.

Manakala pesalah kelima ditahan ingkar PKP di Batu 9 Jalan Bintulu-Miri ke pasar pada jam 9 malam 26 Mac dan pesalah keenam ditangkap di hadapan Stadium Bintulu Jalan Tanjung Kidurong dari Sungai Plan ke Medan Jaya pada jam 9.30 malam 26 Mac.

Seorang lagi tertuduh dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah dan pertuduhan dikemukaka­n di hadapan hakim Sofia S.Sawayan.

Kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Peraturan 3(1)Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Yang Berjangkit) Peraturan 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 7(1) yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau keduaduany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia