Utusan Borneo (Sarawak)

Ceroboh rumah peniaga, lelaki direman tiga hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki menceroboh masuk ke kawasan rumah seorang peniaga diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Suspek, 24, dari Kampung Desa Jaya, Batu 8 1/2, Jalan Miri-Bintulu di sini, diperintah­kan supaya menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fitri Kukung ketika mengemukak­an permohonan reman, suspek telah ditangkap sekitar jam 4.30 petang, 30 Mac lalu di sebuah rumah panjang di Lambir.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang peniaga pada 29 Mac lalu di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 63, mendakwa sekitar jam 20.52 malam hari sama, ketika berada di rumahnya di Kampung Desa Jaya, Batu 8, Jalan Miri-Bintulu beliau terdengar bunyi anjing menyalak di kawasan belakang rumah iaitu di kawasan kolam ikannya.

Pengadu yang kemudian membuat pemeriksaa­n ternampak seorang lelaki berada berhampira­n kolam ikannya.

Apabila dihampiri, lelaki terbabit terus melarikan diri dengan memanjat pagar hadapan rumah pengadu.

Menurut pengadu, sebelum ini ikan di dalam kolamnya sering hilang dipercayai dicuri lelaki terbabit.

Pengadu yang turut memeriksa rakaman kamera litar (CCTV) yang dipasangny­a di kawasan kolam berkenaan mendapati terdapat kelibat seorang lelaki tidak berbaju telah menceroboh ke kawasan rumahnya.

Dalam permohonan lanjutnya Fitri berkata, tempoh reman empat hari amat diperlukan ke atas suspek untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Bagaimanap­un mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek sehingga 3 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia