Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan makanan disalur kepada Pusat Khidmat ADUN

Penyaluran dijangka selesai hari ini, semua Pusat Khidmat ADUN diminta buat tempahan serta-merta

-

KUCHING: Bantuan makanan bernilai RM16.4 juta daripada Kerajaan Sarawak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula disalurkan kepada Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mulai semalam (1 April) dan dijangka selesai hari ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, semua Pusat Khidmat ADUN diminta membuat tempahan makanan serta-merta.

“Setakat hari ini (semalam), sebanyak 44 Pusat Khidmat telah membuat tempahan bekalan makanan. 38 buah Pusat Khidmat masih dalam proses berbuat demikian,” jelasnya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Khas Rantaian Bekalan Makanan memaklumka­n, setakat 1 April 2020, semua Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian atau Daerah selesai mengenal pasti golongan sasaran, pusat pengagihan dan modus operandi penghantar­an ke setiap rumah dan mengambil kira pematuhan kepada PKP.

“Jadual penghantar­an, ‘pick up point’ dan ‘drop off’ untuk pemunggaha­n bekalan makanan asas sedang diurus dan perkhidmat­an dijangka akan bermula pada 3 atau 4 April 2020,” katanya.

“Bagi kawasan pedalaman yang tidak dapat atau sukar dihubungi melalui jalan darat, contoh dalam kawasan seperti Bario, Telang Usan, Baram,

Lawas, Sri Aman dan Kapit, pihak Tentera Udara Diraja

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Malaysia (TUDM) telah Tambahnya, Kementeria­n bersetuju membantu penghantar­an Perdaganga­n Dalam Negeri makanan menggunaka­n dan Hal Ehwal Pengguna helikopter,” maklum (KPDNHEP) Sarawak juga beliau. sudah diminta memastikan bekalan makanan mencukupi di setiap 800 pusat jualan atau kedai runcit di seluruh Sarawak.

“Semua pusat jualan dan kedai runcit ini dibenarkan beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Dalam pada itu beliau menyeru agar semua pihak tenang, sabar dan tawakal kepada Tuhan dan yakin akan komitmen tinggi kerajaan dalam menangani cabaran COVID-19 demi kesejahter­aan rakyat.

Setakat hari ini (semalam), sebanyak 44 Pusat Khidmat telah membuat tempahan bekalan makanan. 38 buah Pusat Khidmat masih dalam proses

” berbuat demikian.

Dato Sri Fatimah Abdullah

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia