Utusan Borneo (Sarawak)

PMBS menjaga rapi kebajikan pelajar asrama semasa tempoh PKP

-

BETONG: Pematuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarka­n kerajaan turut mendapat reaksi positif pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS) yang tidak berkesempa­tan balik ke kampung masing-masing dan terpaksa tinggal di asrama mereka sepanjang tempoh ditetapkan.

Pengarah PMBS Suhaili Aleh memberitah­u, 99 pelajar yang terikat dengan arahan PKP telah menerima bantuan makanan yang diperuntuk­kan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan bantuan daripada wakil rakyat dan syarikat yang menyumbang.

“Kami amat mengambil berat tentang kebajikan pelajar yang tidak berkesempa­tan pulang ke kampung halaman berikutan pandemik COVID19, sebab itulah kami menyediaka­n bantuan makanan dan sumbangan daripada pihak tertentu amat dialu-alukan.

“Bantuan ini telah dilaksanak­an sejak 26 Mac lalu.

“Selain itu, bantuan khas daripada PMBS juga telah diberi kepada pelajar menerusi Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada 22 Mac lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kebajikan pelajar semasa PKP dikuatkuas­akan dan keadaan pelajar PMBS yang tidak berkesempa­tan pulang.

Tambahnya, PMBS telah menubuhkan jawatankua­sa kerja bermula 18 Mac lalu yang diketuai beliau sendiri dan timbalanny­a Yap Tek Chuan serta dibantu pengurusan tertinggi PMBS.

“Dalam pada itu kami mengambil kira keselamata­n dan kebajikan pelajar, maka itu jawatankua­sa itu dibentuk bagi memantau pelajar yang tinggal agar tidak keluar sesuka hati dan makanan mencukupi untuk mereka.

“Kepada ibu bapa mereka yang anaknya kekal di sini, tak perlu risau kerana makanan diberi malah turut menerima sumbangan daripada pihak luar.

“Justeru saya tidak menyaranka­n pelajar ini balik kerana ia akan memberi risiko kepada keluarga dan diri sendiri malah sekatan jalan raya daripada PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut diperketat­kan.

“Justeru, lebih baik ‘stay at home’,” katanya lanjut.

“Kepada pelajar yang telah balik kampung, perlu diingatkan, mereka harus mematuhi SOP daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan arahan PKP yang berkuat kuasa.

“Dalam pada itu, saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada ADUN Layar Gerald Rentap Jabu atas sumbangan yang diberikan dan telah diagihkan staf Kolej Komuniti Betong.

“Begitu juga penghargaa­n kepada syarikat Central Enterprise dan s Seng Fung World Sports Centre atas makanan yang diberi kepada para pelajar yang menetap di rumah sewa,” tambahnya.

Beliau turut memberitah­u, kaedah pembelajar­an sepanjang PKP berlangsun­g adalah berdasarka­n garis panduan dikeluarka­n dan diselarask­an

JPPKK.

Bagi kerja kursus pelajar yang belum siap, ia harus diselesaik­an melalui kaedah dalam talian bersama pensyarah.

Sementara itu, bagi Edius Hanz Edmond, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelanconga­n (Semester 3) yang berasal dari Kampung Rituh Labuan, Serian memberitah­u bekalan makanan yang diberikan sangat mencukupi dan makanan dibekalkan dua kali sehari.

“Kami tidak perlu memasak kerana pihak PMBS akan menyediaka­n makanan kepada kami dan turut dibekalkan dengan cecair pembasmi kuman untuk kami mencuci tangan, malah kami tidak perlu risau nak keluar ke tempat awam mencari bekalan makanan.

“Kepada ibu bapa kami yang berada di kampung tidak perlu risau akan keadaan kami kerana pihak pengurusan PMBS sangat prihatin sepanjang PKP.

“Kami di sini dipantau dengan teliti terutama kebajikan dan pergerakan serta perbelanja­an kami,” ujarnya.

Pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelanconga­n (Semester 4) Marcellyn Caye David yang berasal dari Kampung Sagah, Bau, merasakan keadaan amat berbeza apabila berjauhan dengan keluarga dalam tempoh agak lama.

“Kepada keluarga saya di kampung, walaupun keadaan dan situasi tidak membenarka­n untuk kita bersama seperti selalu, kita tetap akan berjumpa kelak tak kira cepat atau lambat, cuma waktu yang akan menentukan­nya.

“Saya amat menghargai detik ini kerana dari situlah saya belajar dan mengenali sepenuhnya betapa indahnya rasa rindu apabila berjauhan dalam tempoh yang lama.

“Semoga keluarga saya sentiasa dalam keadaan baik dan saya berdoa minta dijauhkan daripada wabak berjangkit COVID-19,” ujarnya sayu.

“Saya amat bersyukur sebab sepanjang PKP ini keadaan saya di sini dijaga dan tidak kurang dari segi makanan dan kewangan hasil bantuan pihak HEP PMBS dan pihak luar.

“Saya juga ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada yang telah memberi sumbangan,” tambahnya sambil memberitah­u sumbangan makanan sangat mencukupi, malah masih ada bekalan lebih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia