Orang awam perlu lebih mematuhi PKP fasa kedua
Jika tiada keperluan atau urusan rasmi, mereka dikehendaki duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga
MIRI: Orang awam perlu lebih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua semalam bagi mengurangkan rantaian COVID-19 terutama di Miri.
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, jika tiada keperluan atau urusan rasmi, mereka dikehendaki duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Kita perlu bersama-sama membantu kerajaan dalam membendung penularan COVID-19 dan jika tiada sebarang urusan rasmi, duduklah di rumah bersama keluarga,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.
Malahan katanya, jika ahli keluarga yang telah keluar bekerja atau membeli barangan keperluan, mereka dikehendaki membersihkan
Kita perlu bersama-sama membantu kerajaan dalam membendung penularan COVID-19 dan jika tiada sebarang urusan rasmi, duduklah di rumah bersama keluarga.
Datuk Sebastian Ting
diri serta pakaian terlebih dahulu apabila tiba di rumah.
“Jika baharu pulang bekerja atau selepas membeli barangan keperluan di luar, sebaiknya pergilah mencuci tangan atau mandi serta membersihkan pakaian yang telah digunakan.
“Jangan terus memeluk anak-anak kerana kita bimbang virus COVID-19 dari luar akan merebak masuk lebih cepat kepada ahli keluarga yang berada di rumah,” ujarnya.
Sementara itu, Ting turut menyerahkan sumbangan peralatan perlindungan diri
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri, Limbang dan Lawas.
Ting berkata, antara jenis barang yang disumbangkan ialah penutup mulut dan hidung, sarung tangan, pembalut plastik dan alat penyembur nyah kuman.
Sumbangan telah diserahkan kepada Ketua Zon JBPM Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri semalam.
Sementara itu, Ting turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Miri yang begitu prihatin dengan turut sama menyumbang bantuan yang diperlukan kakitangan barisan hadapan.
“Kita berterima kasih kepada semua penderma yang sudi menyalurkan sumbangan untuk membantu petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan COVID-19,” jelasnya.
Sementara itu, Law mengucapkan terima kasih kepada Ting atas keprihatinan beliau menyumbang barangan perlindungan diri kepada BBP di Zon Utara merangkumi Miri, Limbang dan Lawas.