Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 675 bungkusan barang makanan diagih kepada golongan memerlukan

-

KUCHING: Sebanyak 675 bungkusan barang makanan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, mereka yang menerima sumbangan terdiri daripada golongan asnaf, berpendapa­tan rendah, tiada pendapatan dan orang kurang upaya (OKU).

Pemberian sumbangan itu katanya, untuk meringanka­n beban golongan yang terkesan akibat Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Prihatin dengan situasi sukar dihadapi masyarakat semasa tempoh PKP ini, kita mahu membantu dengan menyumbang barangan makanan kepada golongan terbabit.

“Sejak hari pertama pelaksanan PKP sehingga 30 Mac, sebanyak 675 sumbangan berjaya kita agihkan kepada golongan sasar ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Jamilah menyalurka­n sumbangan tersebut melalui Pergerakan Wanita, Pemuda dan Badan Induk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu dan ketua-ketua kaum dan masyarakat di daerah Lundu.

Bantuan yang diberikan merupakan sumbangan daripada Jamilah dan orang awam yang bermurah hati untuk meringanka­n beban mereka yang terjejas pendapatan susulan PKP.

Menurutnya, petugaspet­ugas barisan hadapan seperti pegawai Majlis Daerah Lundu, hospital, anggota polis, askar, pertahanan awam dan mereka yang bertugas menjaga sempadan Sarawak dan Indonesia turut tersenarai menerima sumbangan itu.

Dalam pada itu beliau menggalakk­an orang ramai yang mempunyai keupayaan kewangan supaya tampil menghulurk­an bantuan daripada pelbagai sudut.

Pada Selasa, aktiviti penyembura­n disinfeksi COVID-19 turut dijalankan Majlis Daerah Lundu di Dewan Serba Guna Mahligai Gading Lundu yang dijadikan pusat pengagihan sumbangan semasa tempoh PKP.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Bantuan makanan diagihkan kepada golongan memerlukan dalam kawasan DUN Tanjong Datu.
UNTUK RAKYAT: Bantuan makanan diagihkan kepada golongan memerlukan dalam kawasan DUN Tanjong Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia