Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Nelayan Kidurong dibuka kepada umum

-

BINTULU: Pasar Nelayan Kidurong di Pantai Muhibbah atau lebih dikenali sebagai Pantai ABF dibuka Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) semalam untuk memudahkan urusan jual beli antara peniaga hasil laut dan penduduk setempat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi meluahkan penghargaa­n kepada LKIM atas usaha pengendali­an pasar nelayan itu yang begitu teratur dengan mengutamak­an kebersihan, kesihatan dan keselamata­n pembeli dan penjual.

“Saya galakkan pembeli pergi ke pasar ini untuk mendapatka­n bekalan ikan masing-masing kerana ia memberikan seseorang itu keselesaan, kelihatan selamat untuk aktiviti berjual beli.

“Inilah usaha yang kita alu-alukan,” katanya melalui hantaran dalam Facebookny­a semalam.

Rodziah berharap pembeli dan penjual mengikut keperluan penjarakan sosial setiap masa yang mana piawaian yang patut dicontohi untuk kawasan-kawasan tamu yang telah dipersetuj­ui untuk memulakan semula perniagaan mereka merangkumi Pasar Tamu Bintulu, Pasar Tamu Sungai Plan, Pasar Tatau, Pasar Sebauh dan Kampung Jepak.

“Kawasan-kawasan lain tidak dibenarkan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau keadaan itu dengan mengarahka­n pasar yang tidak berkaitan ditutup,” tegasnya.

Beliau berkata, selaras dengan pekeliling yang dikeluarka­n Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bertarikh 28 Mac 2020 dan susulan daripada keputusan mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Peringkat Bahagian Bintulu pada 30 Mac 2020, maka BDA membuka semula tamu di beberapa lokasi di Bintulu termasuk daerah Tatau dan Sebauh berkuat kuasa semalam.

Begitupun katanya, operasi harian tamu berkenaan akan dipantau dengan mengambil kira garis panduan pihak kerajaan untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 dengan mengambil beberapa langkah dan syarat yang wajib dipatuhi semua penjaja di semua lokaliti tamu di Bintulu, Tatau dan Sebauh.

Katanya, mereka wajib mematuhi syarat berjaja mengikut lot atau petak yang disediakan BDA setelah mengambil kira penjarakan minimum antara penjaja termasuk antara pembeli.

“Bilangan penjaja yang dibenarkan berjaja adalah tertakluk kepada bilangan petak yang disediakan, waktu operasi tamu dihadkan dari jam 7 pagi hingga 2 petang sahaja, semua penjual sayur secara borong cuma dibenarkan beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 8 pagi.

“Bilangan pembeli dalam pasar tamu akan dihadkan pada sesuatu masa supaya keadaan terkawal dan tidak bersesak, tiada aktiviti jualan dibenarkan di luar kawasan bangunan tamu atau di luar petak yang disediakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Penjaja dan pembeli katanya, diwajibkan sentiasa memakai penutup mulut dan hidung dan menjaga kebersihan diri apabila berurusan.

“Cuma seorang mewakili satu isi rumah dibenarkan membuat urusan pembelian di pasar tamu, penjaja dan pembeli wajib akur untuk menerima nasihat atau teguran daripada pegawai bertugas untuk memastikan penjarakan dipatuhi setiap masa.

“Pihak BDA berharap semua pihak memberi kerjasama agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan,” tambahnya.

 ??  ?? TUMPUAN: Orang ramai membeli ikan di Pasar Nelayan Kidurong yang dibuka LKIM untuk urusan jual beli semalam semasa tempoh PKP.
TUMPUAN: Orang ramai membeli ikan di Pasar Nelayan Kidurong yang dibuka LKIM untuk urusan jual beli semalam semasa tempoh PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia