Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat perlu maklum pelanggan perubahan atau pembatalan penerbanga­n: Kim Shin

-

MIRI: Syarikat penerbanga­n perlu memberitah­u terlebih dahulu kepada penumpang mereka yang telah membeli tiket untuk penerbanga­n yang disahkan sekiranya terdapat perubahan dalam jadual penerbanga­n atau pembatalan penerbanga­n, jelas Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin.

Katanya, kementeria­nnya menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai beberapa penerbanga­n yang telah disahkan namun dibatalkan sekali gus menimbulka­n masalah.

“Mereka (penumpang) yang terjejas akibat penerbanga­n dibatalkan selepas disahkan, mahu syarikat penerbanga­n berkaitan membayar balik kepada penumpang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut memberi kesan terhadap mereka terutama dari segi kewangan,” ujarnya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu turut menasihati semua penumpang agar memantau dengan teliti jadual penerbanga­n masing-masing di laman sesawang syarikat penerbanga­n bagi mengelakka­n kekeliruan atau salah faham.

“Kerjasama daripada kedua-dua pihak amat diperlukan pada masa ini lebih-lebih lagi dengan keadaan negara yang dilanda pandemik COVID-19.

“Malah, kerajaan turut menguatkua­sakan PKP untuk mengurangk­an penularan wabak COVID-19.

“Dalam hal ini juga, adalah penting untuk kesemua rakyat mematuhi setiap arahan PKP dan tetap berada di rumah masingmasi­ng,” jelasnya.

Tambah Lee, bagi mereka yang memerlukan perjalanan antara bahagian atau daerah, beliau menegaskan Jawatankua­sa Bencana Negeri telah membuat arahan perjalanan terkini di mana rakyat perlu mendapatka­n kebenaran daripada pegawai residen dan daerah di kawasan masing-masing.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia