Utusan Borneo (Sarawak)

DAP serah nama kumpulan kedua pemohon bantuan bekalan makanan

-

KUCHING: Pusat Khidmat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bandar Kuching dan Stampin menyerahka­n nama kumpulan kedua pemohon bantuan bekalan makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Pemohon dari kawasan Kuching, Stampin, Puncak Borneo dan Petra Jaya itu memerlukan bantuan makanan dihantar terus ke rumah masing-masing.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, mereka adalah antara kumpulan yang terjejas teruk ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau kebanyakan mereka juga terdiri daripada golongan keluarga miskin dan pekerja gaji harian yang hilang punca pendapatan kerana PKP.

“Senaraikum­pulanperta­ma pemohon telah kita hantar pada (Isnin). Bagi kumpulan kedua ini terdapat 611 isi keluarga yang memohon yang dianggarka­n terdiri daripada 3,000 individu.

“Kami ahli parti dan sukarelawa­n kami dapat menyampaik­an makanan keperluan ini ke rumah mereka sendiri tetapi Menteri Pertahanan telah mengumumka­n untuk melarang semua pertubuhan bukan kerajaan daripada menyerahka­n bantuan dari pintu ke pintu,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

DAP kata Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin, berharap JKM akan mempercepa­tkan penyerahan barang makanan kepada pemohon memandangk­an kini telah memasuki minggu ketiga PKP.

Katanya, ia bermakna ramai dalam kalangan pemohon tidak keluar bekerja selama dua minggu dan kini memasuki minggu ketiga.

“Maka itu, adalah sangat penting untuk membantu menyediaka­n makanan di atas meja mereka.

“Kami (DAP) akan meneruskan usaha kami membantu mendaftark­an nama, alamat serta butir mereka yang memerlukan perkhidmat­an tersebut dan akan memajukan sekumpulan daripada pemohon harian kepada JKM,” katanya.

Majlis penyerahan bantuan makanan kepada kumpulan kedua pemohon itu kelmarin diwakili bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan serta Pengerusi DAPSY Kuching Daphne Ting, dua pembantu khas Chong, Michael Kong dan Sim Kiat Leng serta pembantu Ahli Parlimen Bandar Kuching Leslie Ting.

 ??  ?? SERAHKAN: Tan (tiga kiri) bersama ahli DAP yang lain menyerahka­n senarai nama pemohon bantuan bagi kumpulan kedua kepada wakil JKM (tiga kanan), pada Selasa.
SERAHKAN: Tan (tiga kiri) bersama ahli DAP yang lain menyerahka­n senarai nama pemohon bantuan bagi kumpulan kedua kepada wakil JKM (tiga kanan), pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia