Kanak-kanak berhak dapatkan kemudahan, rawatan kesihatan berkualiti: SUHAKAM
KUCHING: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengingatkan kerajaan untuk tidak mengabaikan hak kanakkanak di seluruh negara untuk mendapatkan kemudahan dan rawatan kesihatan yang paling berkualiti.
Menurut Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal menerusi kenyataan akhbarnya semalam, dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kanak-kanak mempunyai hak yang saksama di bawah perlindungan undang-undang dan tidak boleh didiskriminasi.
“Perkara tersebut tertakluk dalam Perkara 24 dan 25 Konvensyen Hak KanakKanak (CRC).
“Perkara 24 memerlukan kerajaan mengiktiraf hak kanak-kanak untuk menikmati standard kesihatan yang paling tinggi dan menyediakan kemudahan rawatan bagi penyakit serta pemulihan kesihatan di samping memastikan tiada kanakkanak dilucuthakkan aksesnya kepada perkhidmatan jagaan kesihatan.
“Perkara 25 akta juga menyatakan kajian berkala ke atas semua rawatan yang diberikan kepada kanakkanak serta hal yang berkaitan dengan penempatannya perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa bagi maksud perlindungan atau rawatan kesihatan fizikal dan mental mereka,” katanya.
Meskipun, Malaysia sedang berusaha memerangi pandemik COVID-19, amat penting untuk langkah penjagaan awal dilaksanakan bagi memelihara kesihatan dan kehidupan kanak-kanak terutama mereka yang tidak berada di bawah jagaan ibu bapa.
Beliau berkata ramai yang tidakmengetahuibahawaPKP secara umumnya melibatkan penutupan sekolah dan kawalan pergerakan yang mengganggu kehidupan seharian kanak-kanak dan akses mereka untuk mendapatkan sokongan sosial.
Sebaliknya, ia turut dipercayai meningkatkan risiko untuk mereka terdedah kepada keganasan dan tekanan psikososial.