Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n PKP jejas pendapatan pekebun kecil

AjiraIskan­dar bergantung kepada simpanan sendiri tampung perbelanja­an asas keluargany­a

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Hasil dan keuntungan merosot teruk. Saya hanya memperoleh­i hasil sekitar RM180 sahaja.

BINTULU: Seorang pekebun kecil di bahagian ini amat memerlukan bantuan berikutan terpaksa bergantung kepada simpanan sendiri untuk menampung perbelanja­an keperluan asas keluargany­a pada masa sukar ini disebabkan jualan sayurnya terjejas teruk semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sejak 18 Mac lalu.

PKP dikuatkuas­akan kerajaan sehingga 14 April ini dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 dan pekebun terbabit antara yang akur dan mematuhi PKP tersebut.

Begitupun pekebun kecil yang dikenali sebagai AjiraIskan­dar Awang Jimat, 41, itu berkata, dalam tempoh sukar itu dia hanya bergantung kepada wang simpananny­a untuk menempuh harihari yang mendatang dalam meneruskan kelangsung­an hidup.

Dia yang mengusahak­an kebun sayur berskala kecil serta bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada kebun itu sejak dua tahun lepas sebelum ini memperoleh­i pendapatan sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan berdasarka­n dua minggu pusingan tuaian dan tanam semula.

Begitupun katanya, rantaian sayurnya yang sesuai dituai pada usia matang mula bermasalah dengan jadual tuaian dan tanamannya terganggu.

Katanya banyak sayur yang ditanamnya rosak disebabkan

Pekebun kecil

pemborong dari luar Bintulu tidak dapat mengangkut sayur untuk dijual berikutan perlu mematuhi PKP dan bimbang dengan risiko sayur itu tidak dapat dijual semula kepada pembeli.

“Hasil dan keuntungan merosot teruk. Saya hanya memperoleh­i hasil sekitar RM180 sahaja.

“Disebabkan tidak terjual serta bimbang sayur yang dituai rosak, saya sedekahkan selebihnya hasil tuaian kepada jiran-jiran terdekat dan ahli keluarga,” katanya.

Jenis-jenis sayur yang ditanamnya merangkumi sayur amoi, sawi pahit, sawi, kangkung, kacang panjang, labu air, cili padi, jagung, anak benih buah serta bunga.

“Sejak PKP dikuatkuas­akan, saya mengalami kesukaran memasarkan hasil tuaian dan banyak sayur yang ditanam telah melebihi tempoh pusingan tuaian.

“Paling teruk pemborong tidak dapat mengambiln­ya berikutan tiada penjaja kecil yang sanggup menanggung risiko untuk membelinya kerana bimbang tidak dapat dijual semula,” katanya semasa ditemu bual Utusan Borneo semalam.

“Untuk mengatasin­ya saya mengambil pendekatan alternatif dengan mengadakan jualan melalui dalam talian ‘Cash-On-Delivery’ (COD) namun tetap terbatas disebabkan PKP dan jualannya amat kurang serta hampir terputus pembeli,” katanya yang mengusahak­an kebun kecilnya di kawasan halaman rumahnya di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong Fasa 4 Bintulu.

“Sekarang ini saya hanya bergantung kepada wang simpanan yang ada sahaja dan jualan kecil-kecilan seperti anak benih bunga dan anak benih buah,” ujarnya yang mempunyai tiga anak di mana dua masih bersekolah rendah dan seorang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya, beliau telah berhubung dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintulu namun fokus pertubuhan adalah untuk yang berskala besar supaya dapat dibekal dan dihantar ke pasar raya-pasar raya di Bintulu namun dia hanya mampu membekalka­n untuk 20 kilogram (kg) hingga 30kg sehari dan pada masa ini sayur-sayuran yang ditanam banyak yang telah tua dan telah melebihi pusingan tuaian.

AjiraIskan­dar berkata, situasi sekarang agak sukar untuk memenuhi permintaan tersebut meskipun sayur tanamannya mengekalka­n jaminan kualiti, tidak menggunaka­n racun kimia serta 100 peratus tanpa mengguna racun kawalan perosak untuk meningkatk­an tahap keselamata­n makanan.

Sehubungan itu, dia berharap kerajaan atau pihak berwajib dapat membantuny­a menangani permasalah­an yang dihadapiny­a ketika ini.

Menurutnya, ilmu berkaitan cara penanaman sayur tanpa racun diperolehi­nya daripada mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang pernah mengadakan lawatan sambil belajar ke kebunnya sebelum ini.

Semasa permulaan projek tanaman sayur itu AjiraIskan­dar berkata, dalam sebulan dia mampu membekal dan menjual sekitar 300 hingga 450kg sayur untuk dua kali tuaian iaitu keuntungan dianggarka­n dalam RM3,000 hingga RM4,500 sebulan.

“Kebun yang diusahakan­nya menggunaka­n sepenuhnya modal pusingan sendiri dan sebelumnya pernah membuat kertas kerja untuk memohon bantuan tetapi gagal,” katanya.

“Sekarang ini banyak sayur yang saya tanam telah tua dan rosak, sekali gus memerlukan tanah-tanah batas itu digembur semula dan perlu menunggu dua minggu lagi untuk batas-batas tersebut dapat disemai dan ditanam semula untuk pusingan selang dua minggu supaya lebih teratur iaitu (Interval) putaran dari mula membajak batas hingga sayur matang dan tuaiannya pula akan dibuat dua kali sebulan.

“Penanaman sayur yang ada pada masa ini tidak dapat diselarask­an melainkan mengguna racun perosak dan racun tahan daun (ulat daun)dan kebanyakan sayur yang dijual di pasaran menggunaka­n bahan ini,” katanya.

Namun katanya, saya lebih senang mengekalka­n ciri tanaman tanpa menggunaka­n racun perosak dan sebagainya untuk keselamata­n pengguna dan tindakan ini merupakan usaha saya bukan sahaja untuk meraih pendapatan yang lebih baik bahkan untuk keselamata­n makanan.

“Dengan PKP yang telah memasuki dua minggu maka ‘interval’ pertama tidak begitu baik dan sihat untuk sayur yang ditanam disebabkan hasil tanaman tidak dapat dituai 100 peratus, contohnya apabila saya melakukan ‘interval’ kedua ia mengganggu dari segi putarannya dan kesannya pemborong tidak dapat mengambil hasil tuaian ini sehingga membawa kerugian dari segi wang ringgit dan tenaga.

“Kalau kerja mendapat gaji bulan-bulan mungkin tiada masalah namun saya hanya bergantung kepada jualan sayur yang saya tanam ini dan hasil tanaman saya pula akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa,” katanya sambil menambah, keluasan kebunnya adalah dianggarka­n dalam 140 kaki dengan bukaannya 60 kaki.

Dalam perkembang­an lain katanya, dia tidak akan berputus asa sebaliknya telah merancang menanam pelbagai jenis sayur lain pada masa akan datang, antaranya, sayur kekacang dan sayur buah dan dengan pelanjutan tempoh PKP ini, antara cabaran besar yang perlu ditempuh ialah memastikan tanaman sayurnya terus bertahan supaya pendapatan­nya tidak terus terputus.

“Sehingga kini saya mengalami kerugian sekitar RM2,00 hingga RM3,000,” katanya mengakhiri temu ramah ringkas dalam talian di sini, semalam.

AjiraIskan­dar Awang Jimat

 ??  ?? TURUN PADANG: Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak (PPPS) Mohd Ariffin Abdullah semasa melihat hasil tanaman di kebun kecil milik AjiraIskan­dar sebelum ini.
TURUN PADANG: Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak (PPPS) Mohd Ariffin Abdullah semasa melihat hasil tanaman di kebun kecil milik AjiraIskan­dar sebelum ini.
 ??  ?? GIAT: AjiraIskan­dar bekerja keras untuk memastikan sayur tanamannya tumbuh dengan subur.
GIAT: AjiraIskan­dar bekerja keras untuk memastikan sayur tanamannya tumbuh dengan subur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia