Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing kesal tidak dapat hantar pulang wang

-

MIRI: Warga asing yang bekerja di pelbagai sektor di sini tidak dapat menghantar wang kepada keluarga mereka di negara masing-masing sejak kerajaan Malaysia mengarahka­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu yang dilanjutka­n sehingga 14 April ini.

Sebahagian besar warga asing di sini yang bekerja dalam sektor ladang kelapa sawit, syarikat perkayuan, limbungan, restoran dan sebagainya mengadu, mereka hanya tinggal di kuarters syarikat masing-masing sehingga selepas 14 April atau arahan PKP ditarik balik.

Tinjauan secara rawak di sekitar bandar raya ini semalam menyaksika­n semua ejen penghantar­an wang atau kiriman wang ke luar negara ditutup berikutan arahan PKP.

Menurut warga Indonesia Agung Periandi dari Medan, beliau tidak dapat mengirim wang dari Miri ke Medan kerana semua premis ejen kiriman wang di Miri telah ditutup.

Beliau berkata, anak-anaknya yang masih belajar di negara asalnya menunggu wang kiriman beliau untuk keperluan dan perbelanja­an mereka namun disebabkan PKP dan penutupan premis kiriman wang, beliau terpaksa akur.

“Saya hanya perlu menunggu arahan daripada kerajaan Malaysia jika premis ini boleh beroperasi semula selepas 14 April ini,” kata Agung ketika ditemui bersama seorang rakan warga tempatan untuk meninjau tempat kiriman wang semalam.

Beliau berkata, pada masa ini beliau dan pekerja Indonesia yang lain tinggal di dalam rumah mereka dan menunggu maklumat lanjut majikan mereka ketika mula bekerja semula.

Terdapat ramai pekerja Indonesia di sektor perladanga­n di sekitar Miri dan mereka biasanya akan datang ke bandar sebulan sekali untuk membeli stok makanan bulanan. Bagaimanap­un katanya, disebabkan PKP majikan bertanggun­gjawab membeli barang runcit dan makanan mereka selain rakan sekerja warga tempatan.

Berkongsi pandangan yang sama, warga Filipina, Tibor Mina, 33, turut melahirkan rasa sedih kerana premis ejen pengiriman wang ditutup menyebabka­n beliau tidak dapat mengirim wang kepada keluargany­a di bandar Pagadian.

Beliau berharap beberapa ejen kiriman wang dalam talian dapat beroperasi dengan cepat kerana ia boleh menjejaska­n kebanyakan pekerja asing yang bekerja di sini.

“Saya tidak pasti sama ada keadaan ini akan berterusan dan berharap Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur dapat melihat perkara ini dalam memastikan rakyat mereka dapat menghantar wang ke negara asal untuk keluarga yang memerlukan,” katanya.

Utusan Borneo difahamkan kebanyakan warga asing yang bekerja di sini tidak mempunyai kemudahan perbankan dalam talian dan hanya bergantung kepada ejen kiriman wang semata-mata.

 ??  ?? TIDAK BEROPERASI: Premis kiriman wang ke luar negara ditutup kerana mematuhi arahan PKP sehingga 14 April ini.
TIDAK BEROPERASI: Premis kiriman wang ke luar negara ditutup kerana mematuhi arahan PKP sehingga 14 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia